Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Tayangan Perdana Komedi Terbaru – MONSTER BEACH – Hanya Di Cartoon Network


Musim panas pasti menjadi lebih menyeronokkan dengan percutian tropika mengagumkan yang akan anda terokai di Monster Beach, siri komedi baru yang bakal ditayangkan secara perdana pada Sabtu, 25 April, 6.30petang di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635). Episod baru akan dtayangkan pada hujung minggu, pada waktu yang sama. Jom ketahui sama ada adik beradik peluncur ombak, Jan dan Dean akan menikmati pengalaman yang manis – atau pahit- sewaktu cuti musim panas mereka!

Menjelang tayangan perdana, bersedia untuk pengalaman percutian yang menyeronokkan dengan sedutan pratonton episod penuh di YouTube (https://bit.ly/SneakPeekOnYouTube) ataupun di Facebook (- https://bit.ly/SneakPeekOnFacebook) Cartoon Network APAC (@CartoonNetworkAsia).

Ditulis dan diterbitkan di Australia, siri ini dianimasikan oleh Inspidea, sebuah studio yang berpengkalan di Malaysia dan yang pernah menganimasikan beberapa rangkaian animasi original Cartoon Network termasuklah Mighty Magiswords.

Monster Beach di Cartoon Network mengisahkan pengembaraan adik beradik peluncur ombak Jan dan Dean. Dengan menikmati percutian musim panas tanpa batasan, mereka meluangkan masa bergembira di pulau Iki-Iki dan bersantai bersama dengan bapa saudara mereka. Kehadiran sekumpulan raksasa yang nakal dan suka berseronok, menambahkan keriangan.

Bersama teman-teman yang kelakar lagi nakal, mereka mengembara di sekitar pulau mencari dan membongkar misteri peluncur ombak lagenda dan menghalang si jahat dari menceroboh keseronokkan mereka. Monster Beach kini pasti lebih menggembirakan dari percutian tropikal yang biasa. Lagipun, kehidupan bertukar menjadi pengembaraan apabila kawan-kawan baik anda merupa sekumpulan raksasa yang keperibadian comel dan menarik!


Siri ini sudah tentu akan menjadi hit dari episod pertama!

Saksikan rancangan ini pada hujung minggu bermula dari Sabtu, 25 April, 6.30petang di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635)


Related posts

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

“Pretty Little Liars: Original Sin” Akan Membuat Debut Di HBO GO Pada 28 Julai Ini

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Marvel Studios Kongsi Gambar Terbaru & Video Dari Episod Finale “Moon Knight”

Kakimuvee