Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TVVideo

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”


Bagi meraikan kepulangan Stranger Things ke skrin kecil pada minggu hadapan, Netflix telah memberikan buah tangan menarik kepada peminat siri popular itu. 

Lima jam lebih lama dari mana-mana sesi sebelumnya, Musim keempat Stranger Things akan bersaiz lebih besar dengan melancarkan Bab 1 (episod 1 hingga 7) pada 27 Jun, diikuti dengan kesimpulan epik Bab 2 (episod 8 dan 9) pada 1 Julai. 

Untuk meningkatkan keterujaan anda, berikut adalah video terbaru yang menampilkan babak lapan minit pertama Stranger Things 4. Anda boleh tontonnya dibawah: 

Stranger Things berlatarkan tahun 1980an di sebuah pekan fiksyen Hawkins, Indiana. Apabila seorang budak muda hilang, bandar kecil itu membongkar misteri yang melibatkan eksperimen rahsia, kuasa supernatural yang menakutkan dan seorang kanak-kanak perempuan yang pelik

Siri ini dibarisi pelakon seperti Winona Ryder, David Harbour, Millie Bobby Brown, Finn Wolfhard, Noah Schnapp, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Joe Keery, Charlie Heaton, Sadie Sink, Maya Hawke, Priah Ferguson, Cara Buono, dan Brett Gelman.


Musim 4 akan memperkenalkan beberapa karakter baru termasuklah dari bintang Nightmare on Elm Street, Robert Englund sebagai Victor Creel, Jamie Campbell Bower sebagai Peter Ballard, Eduardo Franco sebagai Argyle, Joseph Quinn sebagai Eddie Munson, Sherman Augustus sebagai Lt. Kolonel Sullivan, Mason Dye sebagai Jason Carver, Nikola Djuricko sebagai Yuri, Tom Wlaschiha sebagai Dmitri, Myles Truitt sebagai Patrick, Regina Ting Chen sebagai Cik Kelly, dan Grace Van Dien sebagai Chrissy.

Bintang Anne With an E, Amybeth McNulty turut terlibat dalam siri ini dengan memainkan peranan penting sebagai Vickie.

Stranger Things dicipta dan diterbitkan oleh Matt dan Ross Duffer, yang turut berkhidmat sebagai showrunners. Penerbit eksekutif adalah Shawn Levy, Dan Cohen dan Lain Patterson.


Related posts

Kejayaan Filem Pertama Dorong Netflix Pesan Filem Sekuel Troll

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Penerbit Sahkan Skrip Musim 2 One Piece Telah Siap

Kakimuvee

Zachary Levi Menggantikan Tempat Mel Gibson Dalam Chicken Run: Dawn of the Nugget, Tonton Trailer Pertama Disini

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee