Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)


AMARAN SPOILER!!!

Selain daripada Korea Selatan, Jepun juga mempunyai idea yang cukup unik dan kreatif dalam menggambarkan malapetaka zombi. Filem terbaru Netflix Jepun Zom 100: Bucket List of the Dead misalnya, tidak hanya memaparkan survival watak utama dalam menghadapi zombi-zombi di jalanan, tetapi turut menceritakan bagaimana watak-watak dalam filem tersebut menunaikan impian mereka dikala hampir seluruh manusia telah berubah menjadi zombi.

Zom 100: Bucket List of the Dead merupakan adaptasi aksi-langsung dari manga dan siri anime berjudul sama. Ia mengisahkan Akira Tendo, seorang pekerja biasa yang pada awalnya sangat bersemangat tetapi semakin hari semakin hilang arah tujuan hidupnya disebabkan bebanan kerja yang sangat teruk.

Satu hari, ketika dia bangun dari tidur dan meneruskan rutinnya sebagai seorang pekerja biasa, dia telah diserang beberapa zombi semasa menuju ke tempat kerja. Selepas berjaya menyelamatkan diri, dia mula tersedar bahawa kota tempat tinggalnya telah diserang zombi, dengan hampir kesemua penduduk telah berubah menjadi makhluk yang memburu otak manusia.

Eiji Akaso as Akira in Zom 100: Bucket List of the Dead

Bagi manusia biasa yang lain, malapetaka zombi itu sudah tentu menjadi saat yang sangat menakutkan. Tetapi tidak bagi Akira, ia adalah satu peluang yang dinanti-nantikannya kerana tidak lagi perlu tergesa-gesa ke tempat kerja dan terbeban dengan tugas-tugas di tempat kerjanya.


Bermula dari saat itu, dia telah mengeluarkan nota kecik dari begnya dan menulis setiap pekara yang ingin dilakukannya, yang sangat dia impikan bermula dari percutian yang panjang sehinggalah melakukan aktiviti para-glider – itu semua adalah pekara yang ingin dilakukannya sebelum dia menerima nasib yang sama seperti orang lain, iaitu berubah menjadi zombi.

Walaupun manganya mendapat penerimaan yang sangat meluas dari peminat, filem aksi langsung ini nampaknya gagal menuruti kehebatan sumber asal apabila ia menyampaikan cerita yang sangat bosan, mendatar dengan watak-watak yang ‘cringe.’

Tidak banyak pekara yang menarik yang boleh dilihat penonton, apatah lagi merasai keseronokkan dan debaran watak-watak utama dalam menjalani penggembaraan berdasarkan ‘bucket list’ yang ditulis oleh Akira. Banyak bahagian filem atau bab telah diseret dengan begitu lama sehingga membuatkan penonton merasa sangat mengantuk berbanding menimbulkan rasa ingin tahu.

Cerita yang terlampau panjang tanpa hala tuju yang jelas juga diburukkan lagi dengan act ketiga yang sangat teruk dan seperti biasa, meleret. Penonton yang sudah bosan pada pertengahan filem berharap agara act ketiga segera ditamatkan, namun melihat watak-watak utama melawan zombi jerung berserta drama dengan bekas penyelia Akira hanya menambahkan kepenantan penonton yang rasa tidak sabar-sabar lagi untuk menghabiskan filem ini.

Selain daripada cerita yang meleret, lakonan watak-watak dalam filem ini juga agak cringe terutamanya pelakon yang memainkan watak Akira. Tiada satu pun watak-watak dalam filem ini meninggalkan kesan kepada penonton, melainkan rasa jengkel selepas melihat watak-watak ini menjerit-jerit tidak tentu pasal.

Zom 100: Bucket List of the Dead nampaknya menjadi satu lagi adaptasi manga/anime yang boleh dianggap gagal dan layak untuk dimasukkan ke dalam senarai ‘tidak mengapa jika anda tidak menontonnya.’ Banyak pekara yang menjadikan adaptasi ini tidak begitu baik seperti yang diharapkan, tapi yang paling utama adalah jalan cerita dan watak-watak dalam filem ini kerana kedua-dua pekara itu telah menyumbang tahap kebosanan melampau kepada para penonton.

Rating Kakimuvee

2/5


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee