Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot TempatanStreaming

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri


Unifi TV hari ini melancarkan Unifi TV Originals, produksi  aslinya sendiri untuk memberikan kepelbagaian dan lebih banyak kandungan bernilai untuk para penontonnya. Barisan siri dan filem ini disesuaikan dengan citarasa tempatan untuk memuaskan  hati penonton di Malaysia yang merangkumi kisah legenda, cerita rakyat dan isu sosial yang biasa  didengari oleh rakyat Malaysia. 

Pelanggan akan dapat menikmati siri dan filem Unifi TV Original bermula dengan siri pertama  “Nak Dengar Cerita Hantu?” arahan Sabri Yunus dan ditulis oleh Sophillea. Ini merupakan siri 8  episod lagenda dan cerita rakyat Malaysia yang diturunkan dari generasi ke generasi.

Barisan  pelakon yang menampilkan bakat tempatan tersohor seperti Namron, Beto Kusyairi, Nora Danish,  Uqasha Senrose, Elizabeth Tan, Sean Lee, Thanuja dan ramai lagi akan memastikan siri ini  memenuhi citarsa rakyat tempatan. Saksikan tayangan perdana pada 27 Oktober 2023 dengan  episod baharu setiap Jumaat jam 9.00 malam, secara eksklusif di DEGUP (saluran Unifi TV 120).  Penonton yang terlepas slot siaran jam 9.00 malam, masih berpeluang menonton episod tersebut melalui ciri Catch Up Unifi TV. Siri ini juga boleh distrim melalui aplikasi Unifi TV. 

Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersial TM dan Naib Presiden Eksekutif Unifi berkata, “Kami  teruja untuk melancarkan Unifi TV Originals kami di saluran DEGUP. Produksi asli ini  membolehkan kami bersaing dengan platform dan penyedia kandungan lain, menawarkan  kandungan yang lebih pelbagai kepada penonton kami. Ini juga akan mewujudkan peluang  kepada industri hiburan tempatan untuk mempamerkan karya mereka.” 

Bekerjasama dengan syarikat-syarikat produksi tempatan; Golden Adventure Creative (Nak  Dengar Cerita Hantu?), NS Star Sdn. Bhd. (siri Gemersik Berbisik) dan Nuansa Sdn. Bhd. (siri  Bara Jiwa) dengan pengarah dan pelakon terkenal seperti Sabri Yunus, Osman Ali, Amorizan,  Elisya Sandha, Ezzrin Loy, Yasmin Hani dan ramai lagi, Unifi TV berhasrat menghasilkan  kandungan yang berkualiti tinggi dan menarik, untuk penontonnya melalui Unifi TV Originals. 


“Siri-siri asal yang selebihnya merangkumi genre aksi, seram dan thriller akan dilancarkan dalam  tempoh 12 bulan akan datang. Bekerjasama dengan bakat berpengalaman dalam industri akan  memastikan penyampaian drama bersiri dan filem berkualiti tinggi dan kami berharap ini akan  menghasilkan kandungan terbaik untuk pelanggan Unifi TV, sambil menyokong industri hiburan  tempatan,” akhiri Anand. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Unifi TV dan tawaran semasanya, layari  https://unifi.com.my/tv


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Raikan Musim Raya Dengan Rancangan Menarik Di Prime Video April Ini!

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee