Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024


“REVERSI”, filem tempatan arahan pengarah Adrian Teh yang terkenal dengan filem-filem popular seperti Malbatt: Misi Bakara dan Paskal The Movie telah dipilih sebagai satu-satunya wakil Malaysia di Festival Filem Far East Udine ke-26 di Itali, yang akan berlangsung dari 24 April hingga 2 Mei 2024.

Sebelum ini filem “Abang Adik” pernah merangkul anugerah di festival filem tersebut pada tahun 2023. 

Mengungkapkan kegembiraannya mengenai pemilihan ini, Adrian berkata, “Ini merupakan satu penghormatan untuk sekali lagi mewakili Malaysia pada edisi tahun ini. “REVERSI”, yang membuat premier dunia nya di Itali, adalah satu usaha baru bagi saya. Saya sangat beruntung dapat bekerjasama dengan kumpulan pelakon dan krew yang luar biasa.” 

“Cerita ini adalah tentang cinta & kehilangan dan tentang apa yang akan terjadi jika kita diberikan peluang kedua. Saya berharap untuk berkongsi cerita ini bukan hanya dengan rakyat Malaysia, tetapi juga dengan penonton dunia dengan harapan cerita ini akan memberi inspirasi kepada kita untuk menghargai kehidupan dan orang yang kita sayang,” tambahnya. 

“REVERSI” mengisahkan tentang cinta seorang suami yang tidak berkesudahan kepada isteri dan anak lelakinya, yang berusaha sehabis baik untuk membetulkan kesalahannya pada masa lalu untuk masa depan yang lebih baik. Filem ini menandakan percubaan pertama Adrian Teh dalam genre drama dengan elemen perjalanan masa. Dengan pelakon-pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Shiqin Kamal, Vanidah Imran, dan Hasnul Rahmat, “REVERSI” bersedia untuk memikat penonton dari semua peringkat umur dengan penceritaan yang lebih mendalam dan lakonan yang menyentuh hati. Adrian sangat berbangga dengan filem terbarunya ini dan berjanji bahawa ini sesuatu yang belum pernah dilihat oleh rakyat Malaysia. 


Filem ini diterbitkan bersama oleh ACT 2 Pictures, Clover Films, dan Golden Screen Cinemas. Selepas penayangan di Udine, Itali, “REVERSI” dijadualkan untuk tayangan perdana dalam tahun ini dan diedarkan oleh GSC Movies Sdn Bhd. 


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee