Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023


Astro berbangga meraih pengiktirafan di peringkat global sekali lagi dengan membawa pulang 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards (AAA’s) tahun ini, yang diadakan di Singapura pada 28 September 2023. Antara anugerah terkenal yang dimenangi termasuk One Cent Thief untuk Best Drama Series, Polis Evo 3 untuk Best Feature Film, Mechamato Movie untuk Best Animated Programme atau Series (2D atau 3D) dan Debunk untuk Best Comedy Programme. Liar, siri Astro yang diadaptasi daripada pencalonan BAFTA, dengan nama yang sama, membawa pulang anugerah untuk kategori Best Adaptation of an Existing Format

Agnes Rozario, Pengarah Kandungan Astro berkata, “Kami berbesar hati dan merendah diri kerana diberi pengiktirafan daripada rakan seperjuangan. Astro sinonim dengan mencipta kandungan tempatan yang premium dan membawa cerita-cerita sebenar kepada rakyat Malaysia. Dari kandungan terkenal hingga ke Astro Originals, kami melihat penglibatan penonton terus berkembang merentasi kesemua skrin dan program-program kami mencetuskan perbualan di media sosial. Kami beraspirasi untuk menjadi Destinasi Hiburan No. 1 kepada semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan penstriman dan kandungan yang pelbagai. Kami berinovasi untuk meneruskan tonggak utama daripada kandungan asli termasuk siri dan filem, program pertandingan dan program pelbagai, hingga ke kandungan kanak-kanak, liga-liga sukan dan pastinya, berita.”

Astro telah memperoleh 16 anugerah kebangsaan merentasi 36 kategori dalam acara sulung tahun ini. Penghargaan ini telah memberikan Astro penghormatan untuk mewakili Malaysia dalam kategori-kategori ini, bersaing dengan 16 negara lain di rantau Asia Pasifik. Pentas anugerah telah tersedia untuk Grand Awards dan Gala Final di mana Astro akan bersaing untuk merebut trofi emas AAA yang berprestij di Dewan Chijmes yang bersejarah di Singapura, pada 6 Disember 2023.

Asian Academy Creative Awards (AAA’s) telah ditubuhkan untuk memberi pengiktirafan kepada industri kreatif sebagai kemuncak pencapaian mereka dalam penciptaan kandungan dan pengeluaran media. Terbuka kepada seluruh rantau Asia Pasifik, AAA menghargai kecemerlangan merentasi pelbagai platform termasuk televisyen, filem, digital, alat mudah alih, penstriman dan mana-mana teknologi baharu.

Astro menerima pengiktirafan dalam kategori berikut:


  1. Best Drama Series – One Cent Thief
  2. Best Screenplay – Alfie Palermo, One Cent Thief
  3. Best Adaptation of an Existing Format – Liar
  4. Best Actress in Leading Role – Tiz Zaqyah, Liar
  5. Best Non Scripted Entertainment – Sandbox
  6. Best Feature Film – Polis Evo 3
  7. Best Animated Programme or Series (2D OR 3D) – Mechamato Movie
  8. Best Children’s Programme (One off/Series) – Legenda Puteri Qaseh
  9. Best Comedy Programme – Debunk
  10. Best Infotainment Programme – Are You Okay?
  11. Best Lifestyle Programme – Travel with Mommy
  12. Best Music or Dance Programme – Astro Classic Golden Melody Singing Competition 2022
  13. Best Promo or Trailer – Malaysia Memilih (PRU 15) 
  14. Best Short Form Content – Borak Dulu Baru Kamu
  15. Best Cinematography – Danny Lala, The Patient
  16. Best Direction (Non-Fiction) – Abid Hussain, Star vs Food Malaysia Season 2

Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee