
Netflix telah mendedahkan trailer rasmi Black Mirror musim 6, menjanjikan keterujaan terhadap siri antologi sci-fi drama kegemaran peminat. Siri tersebut akan tersedia untuk penstriman pada 15 Jun ini.
Trailer yang baru dikeluarkan itu menyoroti lima cerita baharu yang menarik yang ditulis oleh Charlie Booker. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:
“Mengharapkan sesuatu yang tidak dijangka. Kepulangan siri antologi gelap dan satira oleh Charlie Brooker yang telah lama ditunggu-tunggu ini telah mencipta semula dirinya dengan setiap episod baharu,” menurut logline.
“Musim keenam Black Mirror adalah yang paling tidak dapat diramalkan, tidak boleh diklasifikasikan dan tidak boleh dijangka lagi.”
Black Mirror Musim 6 digambarkan sebagai “skop yang lebih sinematik.” Ia ditulis dan dicipta oleh Charlie Brooker. Musim 6 diterbitkan oleh Brooker dan Annabel Jones melalui produksi Broke & Bones, bersama dengan Jessica Rhoades, dan Bisha K. Ali.
Ansuran akan datang dibintangi oleh Aaron Paul, Anjana Vasan, Annie Murphy, Auden Thornton, Ben Barnes, Clara Rugaard, Daniel Portman, Danny Ramirez, Himesh Patel, John Hannah, Josh Hartnett, Kate Mara, Michael Cera, Monica Dolan, Myha’la Herrold , Paapa Essiedu, Rob Delaney, Rory Culkin, Salma Hayek Pinault, Samuel Blenkin, dan Zazie Beetz.
Black Mirror telah diiktiraf oleh beberapa badan pemberi anugerah. Ia telah memenangi pelbagai Anugerah Emmy, termasuk tiga kategori untuk Filem Televisyen Cemerlang untuk episod “San Junipero” dan “USS Callister”, serta filem interaktif Bandersnatch.