Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Marvel Studios Kongsi Gambar Terbaru & Video Dari Episod Finale “Moon Knight”


Siri MCU Disney+ Moon Knight telah melabuhkan tirainya pada Rabu yang lalu, dan sayang sekali, tiada musim kedua akan dihasilkan, tetapi ia masih memberikan finale yang cukup menarik kepada penonton. 

Memandangkan kesemua episod kini sudah tersedia di Disney+ Hotstar, Marvel Studios telah mengeluarkan beberapa gambar terbaru dan petikan video dari episod terakhir. 

Episod “Gods and Monsters” menampilkan bahagian kejutannya, dan gambar-gambar menonjolkan dewa berkepala buaya yang menakutkan yang dikenali sebagai Ammit, Marc Spector kembali untuk menyelamatkan Steven Grant (Oscar Isaac x 2) dari Dualt, dan Layla (May Calamawy) memakai persona adiwira sendiri sebagai Scarlet Scarab. Gambar terakhir menampilkan Khonshu dari adegan pasca-kredit

Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dan video klip episod enam Moon Knight dibawah:

Moon Knight mungkin tidak akan kembali untuk musim kedua, tetapi peminat dijangka dapat melihat Fist of Khonshu dalam kisah yang lain, mungkin dalam kisah baharu The Avengers, atau dalam projek-projek lain seperti Midnight Sons yang dikhabarkan sedang dibangunkan Marvel Studios. 


Bagi yang belum menonton siri ini, anda boleh saksikan kesemua episod secara eksklusif di Disney+ Hotstar.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee