Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial TrailerSiri TV

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Tinggal 8 hari sahaja lagi sebelum debut live-action pertama Ms. Marvel di MCU dan Disney+ Hotstar, dan menjelang tayangan perdana, Marvel Studios telah melancarkan TV Spot yang memaparkan rakaman-rakaman terbaru.

Promo itu menyaksikan Kamala Khan (Iman Vellani) bersiap sedia untuk menghadapi beberapa penjahat misteri, memaparkan kebolehannya dalam proses itu. Buat masa ini tidak dipastikan siapakah musum yang akan ditentang Ms. Marvel, dan terdapat spekulasi yang mengatakan Red Dagger akan mengambil peranan antagonis sebelum dia akhirnya menyertai Kamala. 

Apapun, kita nantikan penjahat yang bakal ditentang Ms. Marvel apa ia ditayangkan kelak. Anda boleh tonton TV Spot terbaru Ms. Marvel dibawah:

“Ms. Marvel ialah siri baharu dan asli yang memperkenalkan Kamala Khan, seorang remaja Muslim Amerika yang membesar di Jersey City,” menurut sinopsis yang dikemas kini.

 

“Seorang pengemar permainan video dan penulis fiksyen yang rakus, Kamala adalah peminat besar Super Hero dengan imaginasi yang terlampau besar – terutamanya terhadap Captain Marvel. Namun Kamala berasa dia seperti tidak sesuai berada di sekolah dan kadangkala di rumah – sehinggalah, dia mendapat kuasa super seperti wira yang disanjunginya. Kehidupan menjadi lebih baik dengan kuasa hebat, bukan?”

Khan akan membuat penampilan sulungnya dalam Ms. Marvel sebelum menyertai rakan wira yang berkuasa kosmik, Carol Danvers (Brie Larson) dan Monica Rambeau (Teyonah Parris) menerusi filem The Marvels yang akan dilancarkan tahun depan.

Ms. Marvel turut dibintangi Aramis Knight, Saagar Shaikh, Rish Shah, Zenobia Shroff, Mohan Kapur, Matt Lintz, Yasmeen Fletcher, Laith Nakli, Azhar Usman, Travina Springer, dan Nimra Bucha.

Siri terbaru MCU ini akan tersedia di Disney+ Hotstar pada 8 Jun 2022.

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee

Persahabatan Mereka Terjalin Di Gelanggang Tinju Dalam Trailer Kdrama Terbaru ‘Bloodhounds’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Don Lee Kembali Menampar Dalam Filem Terbaru ‘The Roundup: No Way Out’

Kakimuvee

Kongsi Kata Laluan Netflix, Tetapi Tinggal Di Kediaman Berbeza? Anda Akan Dikenakan Yuran RM13

Kakimuvee

Leave a Comment