Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial TrailerSiri TV

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix


Netflix telah melancarkan teaser trailer pertama untuk siri seram terbaru Resident Evil, yang akan tersedia untuk penstriman pada 14 Julai ini.

Teaser tersebut memberikan pandangan pertama kepada kita tentang watak utama Billie dan Jade Wesker, yang nampaknya menjadi subjek eksperimen bapa mereka untuk Umbrella Corporation. Ia juga mengusik garis masa berselang-seli yang akan ditunjukkan dalam siri ini serta sorotan Kota London pasca apokaliptik.

Anda boleh tonton teaser tersebut dibawah:

“Berlatarkan tahun 2036, 14 tahun selepas virus maut menyebabkan kiamat global, Jade Wesker berjuang untuk terus hidup dalam dunia yang ditakluki oleh makhluk yang dijangkiti dan gila yang dahagakan darah,” menurut sinopsis.

“Dalam pembunuhan beramai-ramai ini, Jade dihantui oleh masa lalunya di New Raccoon City, disebabkan hubungan mengerikan antara bapanya dengan Umbrella Corporation, tetapi kebanyakannya oleh apa yang berlaku kepada kakaknya, Billie.”


Siri aksi langsung Resident Evil diketuai penerbit eksekutif Supernatural, Andrew Dabb, yang berkhidmat sebagai penulis, penerbit eksekutif dan ‘showrunner’. Ia dilaporkan akan ditetapkan antara dua garis masa yang menampilkan protagonis yang sama. Bintang John Wick, Lance Reddick memainkan peranan sebagai Albert Wesker, ketua penjahat Umbrella Corporation.

Pelakon lain terdiri daripada Ella Balinska (Charlie’s Angels), Adeline Rudolph (Chilling Adventures of Sabrina), Tamara Smart (A Babysitter’s Guide to Monster Hunting), Siena Agudong (No Good Nick) dan Paola Nuñez (Bad Boys for Life) serta Ahad Raza Mir, Connor Gossatti dan Turlough Convery.

Siri lapan episod ini juga turut ditulis dan diterbitkan oleh Mary Leah Sutton, dengan Robert Kulzer dan Oliver Berben, mewakili Constantin Film, sebagai penerbit eksekutif. 


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee