Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Pretty Little Liars: Original Sin” Akan Membuat Debut Di HBO GO Pada 28 Julai Ini

Siri asli Max, Pretty Little Liars: Original Sin, akan memulakan debut musim terbarunya dengan tiga episod pada masa yang sama dengan A.S. pada Khamis, 28 Julai hanya di HBO GO. Dua episod baharu akan menyusul pada Khamis berikutnya, 4 dan 11 Ogos, dengan tiga episod terakhir akan ditayangkan pada 18 Ogos.

Diterbitkan dan ditulis oleh Roberto Aguirre-Sacasa (Riverdale, Chilling Adventures of Sabrina) dan Lindsay Calhoon Bring (Chilling Adventures of Sabrina), pandangan gelap melodrama remaja ini memperkenalkan generasi baharu ‘Liars’ yang diseksa oleh A – seorang pembunuh bertopeng yang ingin menghukum mereka kerana dosa ibu mereka, serta dosa mereka sendiri.


Dua puluh tahun yang lalu, satu siri peristiwa tragis hampir menghancurkan bandar kolar biru Millwood. Kini, pada masa ini, sekumpulan gadis remaja yang berbeza — kumpulan Little Liars yang serba baharu — mendapati diri mereka diseksa oleh Penyerang yang tidak dikenali dan terpaksa membayar dosa rahsia yang dilakukan oleh ibu bapa mereka dua dekad yang lalu… serta dosa mereka sendiri.

Dalam drama yang gelap, semakin dewasa, penuh seram Pretty Little Liars: Original Sin, kita mendapati diri kita jauh dari Rosewood, tetapi masih dalam dunia Pretty Little Liars yang sedia ada — di sebuah bandar yang serba baharu, dengan generasi baharu Little Liars.

Bailee Madison, Chandler Kinney, Zaria, Malia Pyles dan Maia Reficco membintangi siri in sebagai generasi baharu ‘Liars’. Ia juga menampilkan Mallory Bechtel, Sharon Leal, Elena Goode, pemenang anugerah Tony Lea Salonga, Eric Johnson, dan Alex Aiono.

Siri ini diterbitkan oleh Aguirre-Sacasa dari Muckle Man Productions dan Alloy Entertainment (Gossip Girl, Pretty Little Liars, The Vampire Diaries, You) dengan kerjasama Warner Bros. Television. I. Marlene King (yang menghasilkan Pretty Little Liars yang asal), Michael Grassi, Caroline Baron dan Leslie Morgenstein serta Gina Girolamo juga merupakan penerbit eksekutif untuk siri ini.

Pretty Little Liars berdasarkan siri buku terlaris oleh Sara Shepard, yang diterbitkan oleh Alloy Entertainment.

Strim Pretty Little Liars: Original Sin dari 28 Julai di HBO GO. Langgan HBO GO dalam talian di https://www.hbogoasia.my/ atau applikaasi mudah alih melalui  App Store atau Play Store serendah RM23.30/bulan.

Anda juga boleh mengakses HBO GO melalui Astro. HBO GO juga tersedia pada Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV – serta dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Related posts

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Chad Stahelski Mahu Filem “Ghost of Tsushima” Dibuat Dalam Bahasa Jepun

Kakimuvee

Leave a Comment