Slot Tempatan

Pengiat Filem Berharap Kerajaan Contohi Eropah Bantu Industri Filem Selepas PKP

Views

Pandemik Covid-19 telah memberi impak yang besar, baik dari segi kesihatan dan ekonomi. Antara yang terkesan adalah perniagaan hiburan, dan telah menimbulkan cabaran yang belum pernah dihadapi industri filem dan televisyen.

Justeru itu, beberapa negara Eropah segera bertindak dengan memperkenalkan langkah-langkah untuk membantu pekerja dan syarikat penerbitan yang terjejas akibat COVID-19 dan Langkah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan.

Menurut laporan Astro Awani (via The Hollywood Reporter), negara-negara Eropah telah mengumumkan beberapa program khusus yang mensasarkan industri perfileman dan televisyen.

Bagi pengarah filem, U-Wei Haji Saari, ketika seluruh dunia terkesan dengan pandemik COVID-19, ia merupakan masa untuk reboot atau reset nilai sinema negara.

Selain bantuan kerajaan, U-Wei berpendapat pihak yang perlu memainkan peranan selepas ini adalah stesen televisyen dan pawagam.

"Secara makronya selain bantuan dari kerajaan (baca Finas) dua entiti yang sangat boleh menolong adalah stesen televisyen dan pawagam. Mereka yang mengawal fasa terakhir iaitu tayangan. Jika dilihat selama ini adakah ada indikasi yang mereka menolong menaikan taraf perfileman kita?"

Pengarah dan pelakon, Sabri Yunus pula berpendapat, kerajaan memainkan peranan penting membangun semula industri ini yang terjejas teruk. Menurut pengarah kelahiran Kelantan itu, kerajaan bukan hanya perlu melihat dari sudut ekonomi semata-mata tetapi harus juga meneliti peranan filem dan drama untuk masyarakat dan negara.

"Kerajaaan harus ambil peluang ini untuk memperbaiki industri filem dan drama dengan menilai semula yang telah lepas dan mulakan sesuatu yang baru dalam semua hal. Kerajaan perlu melihat peranan filem dan drama sebagai wadah membangunkan jati diri bukan semata-mata hiburan untuk kelompok tertentu," katanya.

Sabri mengambil contoh Jepun yang terkesan teruk ketika perang dunia kedua namun bangkit kembali bukan sahaja dari segi ekonomi dan teknologi tetapi juga dalam bidang seni serta budaya.

Manakala bagi pengarah filem Al-Jafree Md Yusop pulak berkata langkah drastik seperti yang diumumkan oleh badan pembangunan filem di eropah perlu dicontohi. Katanya, selepas lebih 20 hari Perintah Kawalan Pergerakan belum ada sebarang pengumuman dibuat oleh Finas untuk membantu mereka yang terlibat dalam industri filem dan drama.

"Kalau tengok di Eropah hampir semua badan pembangunan filem seperti CNC di Peranchis, Federal Film Board di Jerman, Austrian Film Institute dan banyak lagi dengan pantasnya mengumumkan langkah drastikc seperti emergency fund dan beberapa faedah lain.

"Itu yang kita harapkan dari Finas namun setakat ini tiada langkah drastik serta peruntukan khas ketika kala darurat ini," katanya.

Sumber: Astro Awani

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks