Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Proses Pembikinan Filem Dawn Raid Tetap Akan Diteruskan


Penerbit dan pelakon Bront Palarae berharap kempen ‘crowd-funding’ yang dibuat bagi mengumpul dana sebanyak RM2 juta untuk menghasilkan filem Dawn Raid: The Hand That Rattled The Queen akan dapat respond positif daripada rakyat Malaysia.

Menurut Bront, setakat ini sambutan yang diterima terhadap usahanya agak suram. Selain itu juga, dia turut berusaha untuk menyiapkan filem ini sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

“Mungkin kerana masih dalam musim raya dan kebanyakan mereka banyak berbelanja untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana melalui kempen ini, sekurang-kurangnya masyarakat kita tahu kewujudan filem ini yang cuba disiapkan sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan pada 2019,” 

Kos keseluruhan filem ini dijangka akan menelan sekitar RM4 juta dan walaupun hanya mendapat dana sebanyak RM8,000, pihak produksinya Pixel Play Sdn Bhd tetap meneruskan proses pembikinan filem itu.


Kempen ‘crowd-funding’ itu akan ditutup pada 31 Julai ini dan pihaknya kini sedang mencari alternatif lain bagi mendapatkan dana, seperti daripada pelabur sektor swasta dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Filem ini diinspirasi dari sebuah kisah sebenar, iaitu mengenai sekumpulan anak Melayu yang diketuai oleh Perdana Menteri Ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad (yang juga Perdana Menteri Ke-7) untuk melancarkan ‘serangan’ ke atas saham perladangan Guthrie di London pada 7 September 1981 untuk mengambil alih pemilikan itu secara mengejut.

Ia dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Iedil Putra, Sofia Jane dan ramai lagi.

Sumbe: Cinema Online


Related posts

Bront Palarae, Uqasha Senrose Bergandingan Dalam Filem Seram ‘Sumpahan Jerunei’

Kakimuvee

Review Filem: Harum Malam (2023)

Ahmad Fariszuan

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan

Bront Palarae Bawa Pulang Trofi Di Anugerah Televisyen Asia ke-25

Zulaikha

“Roh” Disenaraikan Dalam 25 Filem Terbaik Asia 2020!

Is Mohd