Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Bront Palarae Bawa Pulang Trofi Di Anugerah Televisyen Asia ke-25

Pelakon Bront Palarae terus membanggakan rakyat Malaysia apabila membawa pulang trofi Persembahan Watak Utama Lelaki-Digital pada Anugerah Televisyen Asia ke-25 yang berlangsung, kelmarin.

Bront telah dicalonkan dalam dua kategori iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dan Persembahan Watak Utama Lelaki-Digital menerusi lakonannya dalam siri The Brige 2 yang ditayangkan di platform streaming Viu.

Pelakon itu telah mengucapkan terima kasih kepada pasukan produksi, dan menyifatkan kemenangan itu adalah hasil titik peluh semua yang terbabit dalam produksi The Bridge 2.

“Saya menerima anugerah ini bagi mewakili keseluruhan pasukan. Tahniah Min Lim dan pasukannya di Double Vision yang bekerja keras dalam projek ini. Begitu juga, Chi-Ren Choong dan pasukan penulis yang memberikan karya indah ini untuk dilaksanakan.

“Kepada Thean-jeen Lee, Jason Chong, dan Zahir Omar yang hadir ke set (penggambaran) setiap hari sentiasa menyeronokkan buat saya. Buat rakan pelakon, kehadiran tenaga, dan kegigihan kamu mengangkat musim kedua (The Bridge) ini ke tahap berbeza.

“Kepada orang-orang hebat di Viu, terima kasih. Tanpa keyakinan serta kepercayaan dalam pasukan kamu, malam ini tidak akan terjadi. Akhir sekali, saya ingin dedikasikan kenangan ini buat isteri, Rozi dan anak perempuan, Adeena,” katanya.

The Bridge 2 arahan TJ Lee, Jason Chong dan Zahir Omar berjaya mendapat 11 pencalonan keseluruhannya di anugerah terbabit.

Selain dua kategori membabitkan Bront, kategori lain ialah Siri Terbaik, Adaptasi Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Wan Hanafi Su dan Miller Khan), Fiksyen Digital Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Digital (Rebecca Lim) dan Pelakon Lelaki Terbaik Digital (Ario Bayu).

Sumber: Harian Metro

Related posts

Hidangan Istimewa Raya Dari Monsta

Kakimuvee

[TRAILER] Jay Zulkarnain Kembali Dalam Sekuel J2: J Retribusi, Eksklusif Di Disney+ Hotstar MY

Kakimuvee

MENCARI RAHMAT Inspirasi Daripada Naskah Terkenal Oscar Wilde ‘The Importance Of Being Earnest’

Kakimuvee

Nikmati Podcast Ramadan Baharu Di SYOK, ‘The Deen Hustlers Show’ & ‘Hikmah’ Musim ke-2

Zulaikha

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee