Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ReviewSlot Tempatan

Review Filem: Harum Malam (2023)


Setelah hampir beberapa tahun menyepi, Dain Said pada tahun ini tampil dengan buah tangan baharu beliau iaitu Harum Malam. Membariskan barisan pelakon pelakon handalan seperti Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Remy Ishak dan ramai lagi. Memulakan tayangannya pada 9 Februari 2023 dengan durasi 102 minit.

Filem Harum Malam mengisahkan tentang kehidupan keluarga perawat yang telah berkecimpun dalam dunia perubatan alternatif ini. Lama atau tidak, tidak dapat dipastikan.

Mungkin lama mungkin tidak. Iqbal yang merupakan anak sulung kepada Norman dan Dina turut mempunyai keboleh pancaindra keenam yang sedikit sebanyak mengganggu kehidupannya sebagai seorang kanak-kanak biasa.

Hidup beliau bertambah gundah gulana apabila terpaksa menyaksikan kematian ibunya sendiri dalam satu tragedi di sebuah rumah pesakit mereka.

Apa yang bagus dalam filem Harum Malam ini adalah pihak produksi dilihat begitu ghairah(serakah) dalam menghasilkan sebuah visual yang seram dan ngeri.


Perkara ini boleh dilihat daripada visualisasi ngeri yang sangat dasyat seperti babak menikam perut yang memburaikan usus, babak melahirkan anak yang dilimpahi darah dan beberapa babak lain lagi. Hal ini mampu menimbulkan rasa yang lebih hebat semasa menonton filem ini.

Visualisasi kerasukan juga diberikan satu nafas yang berlainan daripada pihak produksi sekiranya ingin dibandingkan daripada filem filem seram yang lain.

Akan tetapi walaupun pihak produksi dilihat begitu komited menghasilkan visual seram ngeri yang dasyat, ia juga dilihat menjadi penjahat sebenar untuk filem ini. The Real Culprit!

Akibat ingin menimbulkan visual yang padu, Harum Malam akhirnya membusuk dengan jalan cerita yang begitu longgar dan seolah olah memperbodoh pihak penonton.

Adalah menjadi satu yang sangat kurang cerdik apabila tingkah laku seorang perawat yang dilihat berpengalaman tetapi bertindak begitu bodoh semasa merawat pesakit yang kesurupan. Bak kata netizen – benda boleh sumbat dalam mulut buat apa sumbat dalam balang. A

ksi meluru hantu masuk ke dalam mulut adalah satu aksi yang sangat bodoh bagi saya sendiri dan perkara itu diulang sebanyak dua kali. KAU DAH TAKDE BALANG KE??

Selain itu, dalam masa durasi 102 minit tersebut, filem ini dilihat begitu meleret pada 60 minit yang pertama. Ibarat orang yang tidur namun dikejutkan dengan cara membuka lampu dan menutup kipas, filem ini perlahan lahan bangkit di saat – saat akhir.

Sebagai seorang peminat filem seram yang tidak mementingkan sekadar visualisasi seram dan ngeri sahaja, saya agak kecewa dengan filem ini dan itu tidak dicampur dengan beberapa butiran lain yang tidak perlu saya ungkapkan di sini.

Kepada mereka yang meminati filem seram dengan visual ngeri yang hebat. Maka filem ini untuk anda. Namun sekiranya anda adalah seorang yang mementingkan butiran dan perjalanan cerita yang bagus. Maka filem ini bukan untuk anda.

Rating Kakimuvee

2.5/5


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee