Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chucky Akan Kembali Ke Layar Perak Menerusi Filem Remake Child’s Play


Selain memiliki siri televisyen yang sedang dibuat oleh penciptanya, Don Mancini, filem mengenai patung pembunuh Good Guy dilaporkan bakal kembali ke layar perak menerusi sebuah filem ‘remake’ Child’s Play yang akan dihasilkan tidak lama lagi.

Filem ‘remake’ berkenaan akan diarahkan pengarah filem Polaroid, Lars Klevberg manakala skripnya pula akan ditulis oleh Tyler Burton. Filem ini juga bakal diterbitkan penerbit filem IT, Seth Grahame-Smith bersama-sama penerbit David Katzenberg.

Setakat ini tidak diketahui bagaimana plot filem berkenaan akan dihasilkan sama ada ia akan mengikuti siri televisyen ataupun tidak. Siri televisyen Child’s Play akan meneruskan plot dari filem terbaru mereka iaitu Cult of Chucky yang diterbitkan pada tahun lepas.

Siri Child’s Play kini sudah berusia 30 tahun menerusi filem pertamanya yang diterbitkan pada tahun 1988. Filem berkenaan bukan sahaja sukses dari segi kewangan, malah mula mendapat tempat dikalangan peminat sehinggakan ia memiliki pengikutnya sendiri. Kejayaan filem pertama telah mendorong penghasilan 6 lagi filem mengenai Chucky termasuklah yang terbaru Cult of Chucky yang ditayangkan menerusi platform ‘on-demand’ dan DVD.

Penggambaran filem remake ini dijangka akan dimulakan pada September ini di  Vancouver.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee