Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

“Roh” Disenaraikan Dalam 25 Filem Terbaik Asia 2020!

Filem seram tempatan Roh mendapat perhatian Asian Movie Pulse apabila tersenarai dalam kelompok 25 Filem Asia Terbaik tahun ini.

Filem arahan Emir Ezwan itu menduduki tempat ke-25, satu kedudukan yang baik jika mempertimbangkan judul filem Asia lain yang berada di kedudukan atas. Ia merupakan satu-satunya filem Malaysia yang tersenarai.

Filem-filem dari Korea Selatan dan Jepun mendominasikan senarai itu dengan sepuluh dan tujuh judul, merangkumi empat filem Korea Selatan dalam senarai 5 Terbaik. Berikut adalah senarai 25 Filem Terbaik Asia 2020:

1. “Beasts Clawing at Straws” (Korea Selatan)
2. “The Man Standing Next” (Korea Selatan)
3. “The Woman who Ran” (Korea Selatan)
4. “Days” (Taiwan)
5. “Time to Hunt” (Korea Selatan)
6. “The Day of Destruction” (Jepun)
7. “Beauty Water” (Korea Selatan)
8. “The Cloud in Her Room” (China, Hong Kong)
9. “#Alive” (Korea Selatan)
10. “There Is No Evil” (Iran)
11. “The Call” (Korea Selatan)
12. “Romance Doll” (Jepun)
13. “Sexy Sushi” (Singapura)
14. “Ulbolsyn” (Kazakhstan)
15. “Project Dreams: How to Build Mazinger Z’s Hangar” (Jepun)
16. “Under the Open Sky” (Japan)
17. “Voice of Silence” (Korea Selatan)
18. “Wasteland” (Iran)
19. “Secret Zoo” (Korea Selatan)
20. “One Cut of the Dead: Mission Remote” (Jepun)
21. “The Closet” (Korea Selatan)
22. “True Mothers” (Jepun)
23. “The Slaughterhouse” (Iran)
24. “I Am Really Good” (Jepun)
25. “Roh” (Malaysia)

Ditulis dan diarahkan oleh pemenang anugerah Emir Ezwan, Roh mendapat pelancaran antarabangsa di Festival Filem Singapura dan diterbitkan oleh Amir Muhammad daripada syarikat Kuman Pictures.

Roh mengisahkan dua kanak-kanak yang menemui seorang gadis kecil di tengah hutan dan bagaimana mereka membawanya pulang ke rumah mereka yang terpencil. Keesokan paginya, gadis itu membuat ramalan menakutkan, bahawa apabila bulan mengambang, nasib buruk bakal menimpa keluarga itu. Setelah mendapatkan nasihat daripada bomoh bernama Tok, mereka mula memahami kuasa dan roh kejahatan yang bakal mereka hadapi sebagai sebuah keluarga.

Filem ini dibarisi pelakon berpengalaman seperti Namron, Farah Ahmad dan Junainah M Lojong, serta pelakon kanak-kanak Mhia Farhana, Harith Haziq, dan Putri Qaseh. Hanya dengan bajet serendah RM360,000, filem itu menjalani penggambaran dalam tempoh 15 hari, di sebuah lokasi rimba di Dengkil, Selangor.

Roh juga telah dipilih Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Oscar ke-93 bagi kategori Filem Antarabangsa

Sumber: Cinema Online

Related posts

Awie Lega “10 Tips Tipu Bini” Dapat Sambutan Penonton

Isqandar

“10 Tips Tipu Bini” Akan Ditayangkan Di Astro First Pada 7 Januari Ini

Isqandar

Areel Abu Bakar Dedah Perancangan “Geran 2”

Kakimuvee

Monsta Lancar Trailer Pertama Filem Animasi “MechAmato”!

Kakimuvee

“Geran” & “Wira” Berada Dalam Senarai Top 10 Filem Aksi/Seni Bela Diri Asia Terbaik 2020

Kakimuvee

Awie Malas Layan Youtuber ‘Pengkritik Filem’

Kakimuvee

Leave a Comment