Baru-baru ini aktor yang membawakan karakter Jar Jar Binks dalam filem Star Wars, Ahmed Best mendedahkan beliau hampir membunuh diri disebabkan pihak telah menghentamnya sehingga merosakkan karier lakonan beliau,
Pendedahan yang dilakukan oleh aktor tersebut telah mendapat perhatian dan sokongan para peminat serta individu yang terlibat dalam industri perfileman Hollywood. Antara yang memberi sokongan kepada beliau adalah pengarah dan penulis filem Guardians of the Galaxy, James Gunn. Menerusi akaun Twitter beliau, James Gunn menyarankan agar peminat supaya bertenang dan tidak seharusnya menyalahkan aktor sepenuhnya.
People need to chill out. https://t.co/2gdc3VakzC
— James Gunn (@JamesGunn) July 4, 2018
Malah pengarah itu juga turut berkata, kelemahan sesebuah filem tersebut perlu dilihat kepada kelemahan penulisan sesebuah filem itu.
Selain itu juga, James Gunn turut berkata kepada peminat-peminat Star Wars yang merasakan filem terbaru Star Wars memusnahkan zaman kanak-kanak mereka, agar perlu pergi menjalani terapi.
Star Wars (or any movie) may be important to you, but it doesn’t belong to you. If your self-esteem depends on how good you think the current Star Wars is, or your childhood is ruined because you don’t like something in a movie, GO TO THERAPY.
— James Gunn (@JamesGunn) July 4, 2018
Hmm.. mungkin aktor-aktor Hollywood perlu mempelajari dari teknik pelakon-pelakon Malaysia bagaimana mereka menghadapi dan menepis segala kritikan menakutkan dari netizen disini.