
Filem seram terbaru lakonan Bront Palarae, Sumpahan Jerunei, akan ditayangkan di pawagam pada 27 Julai ini.
Diilhamkan oleh upacara pengorbanan sebenar yang bermula sejak abad ke-13, Jerunei menceritakan kisah Dr. Sani dan sepasukan yang pergi mencari isterinya, yang hilang semasa ekspedisi untuk mengkaji Jerunei.
Semasa mereka menyisir hutan untuk mendapatkan jawapan, setiap ahli mengalami kejadian halusinasi, sakit yang luar biasa dan ada juga yang mendapati diri mereka terjaga di tempat yang pelik. Keadaan menjadi lebih buruk apabila jasad salah seorang daripada mereka diambil alih oleh roh yang telah dikorbankan di sebuah Jerunei.
Ditulis dan diarahkan oleh Jason Chong (Adiwiraku, Coast Guard Malaysia: Ops Helang), Sumpahan Jerunei dibarisi pelakon bintang seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, dan Yuyun Hikmah
Anda boleh tonton trailer dibawah: