Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Tuju Tuju (2021)


Pada April 2021, kita sekali lagi dikejutkan dengan sebuah lagi filem tempatan yang menjengah pawagam pawagam di seluruh Malaysia bersaing dengan filem filem gergasi yang lain seperti Godzilla VS Kong dan juga anime Demon Slayer. Kami di Kakimuvee juga tidak melepaskan peluang bagi menyaksikan filem tempatan ini.

Merupakan sebuah filem terbitan Madness Film arahan Javerd Nizar dengan durasi 85 minit secara keseluruhannya. Menampilkan lakonan Vanessa Angel, Luthasury, Wan Raja, Adeline Tsen. Mengisahkan tentang sekumpulan wanita yang terdiri daripada pelajar dan juga pengajar dari sebuah institut pengajian tinggi (IPT). Mereka ingin melakukan kajian di sebuah kampung tersebut kerana penduduk kampung tersebut mencatat jumlah kematian yang tinggi akibat daripada bunuh diri.

Kampung tersebut terletak jauh di ceruk desa dan penduduk kampung tersebut kelihatan agak lain daripada penduduk kampung yang biasa. Sepanjang berada di kampung tersebut, wanita bertiga ini melalui beberapa pengalaman aneh dan misteri. Pada pertengahan penceritaan, kajian tersebut telah hampir dibatalkan namun ianya diteruskan dengan keazaman salah seorang pengajar yang turut serta dalam kajian tersebut atas alasan akademik akan tetapi beliau mempunyai agenda beliau yang tersendiri iaitu mencari jawapan di sebalik kehilangan adiknya sendiri.

Secara jujurnya, filem ini sendiri tidak mendatangkan apa apa syak wasangka dan juga kemusykilan daripada pihak saya sendiri semenjak mendengar filem ini akan ditayangkan. Begitu juga dengan trailer dan sedutan yang disiarkan di mana mana media sosial, saya turut mengelakkan daripada menontonnya bagi mengelakkan diri saya mempunyai apa apa ekspektasi yang tidak masuk akan terhadap filem tempatan ini.

Secara jujurnya sekali lagi, saya tiada masalah dengan filem ini sebaik sahaja tayangan dimulakan, sebaik sahaja prolog dimulakan dengan menampilkan kata kata daripada watak filem ini yang berbicara berkaitan faktor bunuh diri dan juga faktor sosiologi yang dikatakan berkait rapat. Sehinggalah tiba kepada satu babak yang ditonjolkan kepada penonton iaitu adegan kenderaan “All Wheel Drive” yang jatuh sedikit tergelincir di tepi jalan dan terus tersekat disitu dengan alasan jalan basah. “Garapan Perjalanan” yang agak “malas” ini menimbulkan satu perasaan dalam hati saya iaitu – “Dia dah mula dah…”


Bermula daripada babak kereta tersebut sehinggalah selesai filem Tuju Tuju ini, tiada satu babak pun yang berjaya menarik perhatian penonton (saya) secara positif. Perjalanan jalan cerita filem ini mungkin boleh dikatakan sebagai “straight to the point”. Akan tetapi, “Execution” yang diberikan sangatlah “miskin” dari segi aspek nilai lakon layarnya.

Kerja watak wanita bertiga itu adalah melakukan kajian di kampung tersebut akan tetapi saya tidak dapat melihat kelakuan kelakuan yang boleh mengesahkan bahawa mereka sedang melakukan kajian di kampung tersebut. Hanya sekadar mundar mandir ke sana ke mari termasuk menonton bola bola api yang bergentayangan di ruang udara kampung tersebut pada waktu maghrib. Mujur sahaja genre filem ini adalah genre seram. Sekiranya ia bergenre komedi, sudah pasti lagu Paling Comel nyanyian arwah Achik Spin dan Nana akan berkumandang pada lirik – “Bola – bola api…”

Walaupun filem ini kelihatan tidak begitu semegah tarikh tayangannya yang berentap bersama filem gergasi yang lain akan tetapi saya mengakui ada jua kebaikan yang ada dalam filem ini yang boleh dipuji iaitu “credit roll” yang sekejap sahaja dan tidak panjang. Selesai hanya dalam beberapa transisi visual dan para penonton boleh keluar dari dewan tayangan sekaligus meneruskan kehidupan seperti biasa dan mungkin sedikit terpinga pinga dengan apa yang disajikan oleh pihak produksi.

Selain itu, lakonan seorang pelakon yang memegang watak jahat dalam filem Tuju Tuju ini pada saya boleh diberikan pujian walaupun kadang – kadang dialog yang diberikan agak kaku seolah olah anda memakan makanan kegemaran anda tetapi dalam keadaan rasa yang tidak sedap.

Secara keseluruhannya, Tuju Tuju adalah satu lagi filem tempatan yang akan hilang dengan cepat daripada jadual tayangan pawagam dan ia adalah sebuah filem yang tidak sarat dengan “plot twist” serta sebuah filem yang ringan untuk ditonton sambil bermain permainan mudah alih dalam pawagam tanpa menghiraukan anda kerugian terlepas penceritaan yang penting..

Rating Kakimuvee

1/5


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee