Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Masters of the Air: Austin Butler & Callum Turner Bintangi Sekuel “Band of Brothers”


Sekuel “Band of Brothers” “Masters of the Air” menambah Austin Butler (Once Upon a Time… In Hollywood, The Dead Don’t Die) dan Callum Turner (Emma., The Capture) dalam barisan pelakonnya, lapor Butler.

Butler akan memainkan peranan sebagai Major Gale Cleven manakala Turner memainkan peranan sebagai Major John Egan.

“Masters of the Air” merupakan kesinambungan dari minisiri Perang Dunia Kedua HBO, “Band of Brothers” dan “The Pacific”. Berdasarkan buku karya Donald L. Miller, minisiri baharu itu akan mengikuti kisah benar pasukan pesawat pengebom Amerika semasa Perang Dunia Kedua yang membawa perang jauh ke dalam negara Nazi Jerman.

Siri akan datang ditulis oleh John Orloff (Band of Brothers) dan pemenang Emmy dan Golden Globe, Graham Yost. Kedua-dua mereka turut menjadi penerbit eksekutif. Apple Studios akan menjadi penerbit bersama Amblin Televisyen milik Steven Spielberg dan syarikat produksi Playtone milik Tom Hanks dan Gary Goetzman.

“Band of Brothers” telah keudara pada 2001 dan menerima 20 pencalonan Anugerah Primetime Emmy, memenangi 7 kategori termasuklah Outstanding Miniseries, serta mengondol anugerah Golden Globe untuk kategori ‘Best Miniseries or Motion Picture Made for Television’.


Sekuel “The Pacific” yang keudara pada 2010 turut menerima 24 pencalonan ‘Primetime Emmy Awards’ dan memenangi 8 anugerah termasuklah kategori utama ‘Outstanding Miniseries’.


Related posts

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

“Pretty Little Liars: Original Sin” Akan Membuat Debut Di HBO GO Pada 28 Julai Ini

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Marvel Studios Kongsi Gambar Terbaru & Video Dari Episod Finale “Moon Knight”

Kakimuvee