Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman

  • Home
  • Berita
    • Slot Asia
    • Slot Tempatan
    • Siri TV
  • Video
    • Official Trailer
  • Trivia
  • Review
    • Skor Kakimuvee
  • Tentang Kami
    • Privacy Policy & Penafian
    • Hubungi kami
FacebookTwitterInstagramYoutube
Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

‘Sidekick’ Stephen Chow, Ng Man Tat Meninggal Dunia Pada Usia 70 Tahun.

by IsqandarFebruari 27, 2021Februari 27, 20214302
0

Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man-tat, yang terkenal dengan watak jurulatih dalam filem “Shaolin Soccer” telah meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat barah hati. Menurut salah seorang rakan baiknya, Tin Kai-man berkata, Ng meninggal dunia pada jam 5.16 petang waktu tempatan di Union Hospital, Hong Kong. 

Ng telah menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi sejak dua bulan lepas bagi merawat penyakit barah hati, tetapi kesihatannya semakin merosot dan dipindahkan ke unit rawatan rapi. 

“Baru-baru ini ramai rakan-rakan rapat menziarahi beliau, dan Ng selalu beritahu kepada mereka kesakitan yang sedang ditanggung amat perit. Ketika itu beliau sudah mengambil morfin setiap empat jam sekali untuk menahan kesakitan, tetapi ia sudah tidak berkesan,” – ujar Tin Kai-man kepada media tempatan. 

Dalam pada itu, Tin turut menjelaskan bahawa ahli keluarga dan kenalan rapat mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang kenyataan kepada media bagi membolehkan Ng menjalani rawatan dengan tenang. 

“Sewaktu pemeriksaan, kami mendapat tahu beliau sebenarnya mempunyai tumor. Dua bulan lepas beliau kembali ke Hong Kong dari Macau untuk menjalani pembedahan dan kemoterapi. Selama ini Ng berada di hospital,” katanya lagi.

Portal Today Singapore melaporkan Stephen Chow merupakan antara mereka yang terawal berjumpa dengan Ng sejurus mengetahui rakan baiknya berada dalam kesakitan.

Dalam filem “Shaolin Soccer”, Ng memainkan watak jurulatih ‘Golden Leg Fung’ disamping Chow yang membawa watak utama sebagai ‘Might Steel Leg Sing, sementara Tin membawa watak ‘Iron Shirt’.

Selain “Shaolin Soccer”, beliau pernah muncul dalam beberapa filem lakonan Stephen Chow seperti “Fight Back To School” (1991), “Hail The Judge” (1994), “A Chinese Odyssey” (1995) dan beberapa filem lain.

Pada 1991, beliau telah menerima Anugerah Filem Hong Kong bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi lakonannya dalam filem “A Moment of Romance,” yang menampilkan bintang Andy Lau Tak-wah.

Sumber: Astro Awani, The Star.

 
 

  • Share 4.6K
  • Tweet
Ng Man TatShaolin SoccerSlot Asia
previous post
Masters of the Air: Austin Butler & Callum Turner Bintangi Sekuel “Band of Brothers”
next post
George Clooney & Julia Roberts Kembali Bergandingan Dalam Filem Rom-Com “Ticket to Paradise”

Related posts

Rating “Mouse” Sedikit Menurun, “Sell Your Haunted House” & “Law School” Kekal Kukuh

ZulaikhaApril 23, 2021April 23, 2021

7 MOST ADORABLE K-DRAMA SCENE-STEALERS

ZulaikhaApril 23, 2021April 23, 2021

“Vincenzo” & Song Joong Ki Paling Popular Untuk Minggu Ke-2 Berturut-turut

ZulaikhaApril 22, 2021April 23, 2021

[TRAILER] WarnerMedia And CATCHPLAY Announce New Taiwan Series ‘Trinity Of Shadows’

IsqandarApril 21, 2021April 21, 2021

8 KOREAN MOVIES YOU’LL ENJOY WHEN YOU WANT SOMETHING DARK & GRITTY

ZulaikhaApril 21, 2021April 21, 2021

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

ZulaikhaApril 20, 2021April 20, 2021

Trending

01

Christian Bale Botakkan Kepala Demi Wataknya Dalam Filem “Thor: Love & Thunder”

KakimuveeApril 19, 2021April 19, 2021
02

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa...

KakimuveeApril 18, 2021April 18, 2021
03

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

ZulaikhaApril 17, 2021April 17, 2021
04

Review Telefilem: 18 Puasa Di Kampong Pisang

KakimuveeApril 16, 2021April 16, 2021
05

Siri “The Lord of the Rings” Menjadi Rancangan TV Paling Mahal Yang...

KakimuveeApril 18, 2021April 18, 2021

Recent Posts

Rating “Mouse” Sedikit Menurun, “Sell Your Haunted House” & “Law School” Kekal Kukuh

ZulaikhaApril 23, 2021April 23, 2021

Hulu Lancar Trailer Animasi “Marvel’s M.O.D.O.K”

KakimuveeApril 23, 2021April 23, 2021

Zack Snyder’s Justice League Bantu HBO Max Tarik 3 Juta Pelanggan

IsqandarApril 23, 2021April 23, 2021

Russell Crowe Bawa Watak Zeus Dalam “Thor: Love and Thunder”

KakimuveeApril 23, 2021April 23, 2021

Siri “Parasite” HBO Adalah Kisah ‘Original’, Bukannya ‘Remake’

KakimuveeApril 23, 2021April 23, 2021
@2021 - kakimuvee.net. All Right Reserved. Designed and Developed by PenciDesign
  • Home
  • Tentang Kami
  • Hubungi kami
  • Privacy Policy & Penafian
  • Home
  • Berita
    • Slot Asia
    • Slot Tempatan
    • Siri TV
  • Video
    • Official Trailer
  • Trivia
  • Review
    • Skor Kakimuvee
  • Tentang Kami
    • Privacy Policy & Penafian
    • Hubungi kami