Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

So Ji Sub Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Drama Jenayah “Model Family” Terbitan Netflix

Aktor So Ji Sub bakal bintangi drama jenayah Netflix berjudul “Model Family” (tajuk literal), lapor Soompi.

Pekara tersebut disahkan agensinya, 51K yang mengatakan “So Ji Sub teah menerima tawaran untuk peranan dalam drama Netflix ‘Model Family’ dan secara positif sedang menelitinya”.

“Model Family ”akan mengikuti apa yang berlaku apabila keluarga biasa yang berada di ambang kehancuran akibat muflis dan masalah dalaman menyebabkan mereka terjebak dengan sindiket pengedaran dadah. Ditengah-tengah misi berbahaya, ahli keluarga akan bersatu dan menjadi model keluarga ketika mereka menentang sindiket pengedaran dadah yang mengancam kehidupan mereka. 

Jika So Ji Sub menerima tawaran tersebut, dia akan memainkan peranan sebagai Ma Kwang Chul, anggota sindiket yang kejam dan segera menjadi ahli tertinggi. Bermula di tempat perjudian dan hiburan yang biasa-biasa sahaja, dia berjaya mendapat perhatian ketua sindiket pengedaran dadah sehingga dia diberi peranan pengurusan. Ketika menjejaki anggota geng hilang semasa menghantar duit ke kapal dagang, dia bertemu dengan keluarga biasa. 

So Ji Sub sebelum ini telah membintangi filem “Confession” dan kini terlibat dengan pembikinan filem terbaru berjudul “Alien” (tajuk literal).

 

Related posts

Rating “Mouse” Sedikit Menurun, “Sell Your Haunted House” & “Law School” Kekal Kukuh

Zulaikha

7 MOST ADORABLE K-DRAMA SCENE-STEALERS

Zulaikha

“Vincenzo” & Song Joong Ki Paling Popular Untuk Minggu Ke-2 Berturut-turut

Zulaikha

[TRAILER] WarnerMedia And CATCHPLAY Announce New Taiwan Series ‘Trinity Of Shadows’

Isqandar

8 KOREAN MOVIES YOU’LL ENJOY WHEN YOU WANT SOMETHING DARK & GRITTY

Zulaikha

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha