Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Teaser Terbaru Monster Hunter Paparkan Raksasa Black Diablos


Sony Pictures telah melancarkan teaser terbaru filem arahan Paul W.S. Anderson, Monster Hunter yang memaparkan pandangan pertama raksasa Black Diablos serta mendedahkan tarikh tayangan filem pada Disember ini. Anda boleh saksikan teaser tersebut dipemain video dibawah.

Monster Hunter diinspirasikan dari permainan video popular keluaran Capcom, dan plotnya akan berbeza dari versi permainan video. Dalam filem tersebut, Artemis dan pasukan tentera elitnya dibawa ke kawasan yang penuh dengan rasaksa merbahaya. Dia dan unitnya akan bekerjasama dengan pemburu misteri dimana mereka semua cuba untuk menewaskan kesemua raksasa dan keluar dari kawasan tersebut.

Milla Jovovich akan memainkan peranan sebagai Lieutenant Artemis dan akan mengunakan Great Sword ‘The Giant Jawblade’ manakala Tony Jaa sebagai The Hunter yang mengunakan busur Great Hunter.

Filem ini diarahkan oleh Paul W.S. Anderson (Mortal KombatResident EvilEvent Horizon). Anderson turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Robert Kulzer, Martin Moszkowicz, Jeremy Bolt, dan Dennis Berard.


Related posts

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee

Selepas Bocor Di Media Sosial, Sony Lancar Trailer & Poster ‘Kraven The Hunter’

Kakimuvee