Berita

Tarikh Tayangan F9: The Fast Saga & No Time To Die Ditunda

Views

Memandangkan pandemik masih memberi kesan pada pasaran panggung wayang, studio Universal Pictures dan MGM membuat keputusan untuk mengangguhkan tayangan filem terbaru James Bond, No Time To Die ke tarikh 2 April 2021. 

Perubahan tarikh No Time To Die turut menyebabkan Universal menukar tarikh tayangan F9: The Fast Saga ke 28 Mei 2021. Filem terbaru francais The Fast & The Furious itu sepatutnya dijadualkan tayangan pada April tahun hadapan. 

No Time to Die berkisarkan tentang James Bond yang menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Daniel Craig kembali memainkan peranan utama sebagai James Bond bersama-sama beberapa pelakon dari filem sebelumnya iaitu, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright. Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan memainkan watak penjahat, serta Christopher Waltz yang kembali meneruskan peranannya sebagai Ernst Stavro Blofeld.

Fast & Furious 9 dibintangi Vin Diesel yang akan meneruskan peranan utamanya, bersama-sama pelakon asal, seperti Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, Ludacris.dan Michael Rooker.

Filem ini turut dibintangi Charlize Theron dan Helen Mirren yang akan memainkan peranan mereka dari filem Fate of the Furious, serta John Cena yang menggantikan tempat Dwayne “The Rock” Johnson yang tidak kembali membawa wataknya dalam filem terbaru.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks