Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’


Sony Pictures dilaporkan sedang membangunkan spin-off 21 Jump Street yang akan memberi fokus pada watak Molly Tracey.

Pekara tersebut didedahkan oleh Daniel Richtman melalui World of Reel. Dalam filem itu, watak Tracey dilakonkan oleh pemenang Oscar Brie Larson. .

Butiran lanjut mengenai projek itu masih belum diketahui sepenuhnya, tetapi ini bukan kali pertama studio filem cuba membangunkan spin-off francais ‘buddy cop’ itu. 

Pada 2018, terdapat laporan yang mengatakan bahawa pelakon Tiffany Haddish dan Awkwafina sedang dalam rundingan untuk membintangi reboot 21 Jump Street dengan Rodney Rothman dikatakan menjadi pengarah untuk filem itu. 

Filem asal 21 Jump Street dibintangi Channing Tatum dan Jonah Hill, yang kedua-duanya memainkan peranan sebagai pegawai polis yang menyamar sebagai pelajar sekolah menengah untuk menyiasat kes pengedaran dadah sintetik baharu.


Molly Tracey Larson ialah salah seorang pelajar sekolah menengah yang membantu Schmidt dan Jenko menyiasat kes mereka. Watak itu juga berfungsi sebagai kekasih Schmidt.

Filem blockbuster tahun 2012 itu adalah adaptasi dari siri buddy cop bertajuk sama yang dibintangi Johnny Depp. Filem tersebut bukan sahaja mendapat pujian penonton, malah sukse di box office dengan kutipan melebih AS$200 juta seluruh dunia. 

Francais itu dikembangkan menerusi sekuel 22 Jump Street yang menyaksikan gandingan itu kembali menyamar sebagai pelajar kolej. 


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee