Kim Yoo Jung dan Ahn Hyo Seop bakal kembali bergandingan dalam drama terbaru SBS Hong Chun Gi (working title).
Agensi Kim Yoo Jung, Awesome ENT mengesahkan laporan dan mengatakan bahawa Kim Yoo Jung kini sedang meneliti tawaran berlakon.
Hong Chun Gi merupakan drama fantasi romantik era Joseon yang berdasarkan dari novel berjudul sama karya Jung Eun Gwol. Kim Yoo Jung telah ditawarkan peranan sebagai Hong Chun Gi, satu-satunya pelukis wanita Joseon dengan kecantikan yang bersinar dan bertenaga. Dia juga mempunyai memori yang luar biasa.
Ahn Hyo Seop sedang dalam perbincangan untuk memainkan watak utama. Kedua-dua pelakon itu sebelum ini telah bergandingan dalam drama rom-com Clean with Passion for Now, tetapi Ahn Hyo Seop akhirnya terpaksa menarik diri kerana konflik penjadualan setelah drama tersebut menangguhkan produksi.
Hong Chun Gi akan diketuai pengarah My Love From the Star dan Hyena, Jang Tae Yoo.
Sumber: Soompi