Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa


Spider-Man: Across the Spider-Verse menjadi satu lagi kejayaan kritikal dan komersial buat studio Sony Pictures, lebih-lebih lagi selepas filem kedua animasi adiwira itu dikatakan lebih baik dari filem pertama.

Namun, sejak kebelakangan ini, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa suasana kerja dibelakang tabir tidak begitu ideal buat krew produksi. 

Dikatakan, lebih 100 animator telah berhenti dari projek tersebut sewaktu dalam proses produksi, dengan usaha penerbit Phil Lord yang ingin mencari kesempurnaan telah menyebabkan suasana kerja yang tidak begitu ideal kepada animtor. 

Selain itu juga, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa filem ketiga, Spider-Man: Beyond the Spider-Verse mungkin akan terpaksa ditunda. Sebabnya tidak jelas, namun terdapat laporan yang mengatakan bahawa ada pelakon masih belum merakam dialog mereka. 

Semasa temubual dengan ComicBook.com, kedua-dua penerbit Lord dan Chris Miller menjawab spekulasi mengenai penundaan filem ketiga. 


“Saya perlu mengambil sedikit masa untuk menjadikan Beyond the Spider-Verse sangat hebat,” kata Lord, sebelum Miller menambah, “Dan, kami rasa tarikh tayangannya mungkin tidak sesuai.”

Kenyataan kedua-dua penerbit itu mengisyaratkan bahawa peminat mungkin tidak dapat melihat filem ketiga pada tahun hadapan. Sebelum ini, Sony telah menetapkan tarikh tayangan Beyond the Spider-Verse pada 29 Mac 2024.

Melihat pada usaha mereka yang mahu menjadikan filem ketiga lebih sempurna, tidak mustahil tarikh tayangannya akan dianjak lebih lama. 

Terdapat khabar angin yang mengatakan Beyond the Spider-Verse mungkin akan ditunda sehingga 2025 atau 2026. 

Setakat ini, tarikh tayangan masih kekal pada Mac 2024, tetapi kita jangkakan perkembangan terbaru akan datang, terutamanya mengenai kemaskini tarikh tayangan Spider-Man: Beyond the Spider-Verse. 


Related posts

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee