Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial TrailerSlot Asia

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan


Netflix telah mengeluarkan trailer pertama siri thriller Sweet Home Musim 2 yang dinantikan. Siri ini akan kembali ditayangkan di Netflix pada 1 Disember ini.

Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:

Sweet Home musim 2 akan menampilkan kepulangan Song Kang dan Lee Jin-wook yang kembali bersama pelakon asal Lee-Si-young, Ko Min-si dan Park Kyu-young.

Mereka akan kembali bergabung dengan penggarah hebat Lee Eung-bok dalam meneruskan cerita tentang penghuni Green Home yang terselamat.

Bintang-bintang baharu yang menyertai barisan pelakon asal termasuklah Yoo Oh-seong, Oh Jung-se, Kim Moo-yeol dan Jung Jin-young.


Apabila Musim 1 ditayangkan di Netflix pada tahun 2020, raksasa yang menakutkan dan penceritaan yang bijak menetapkan penanda aras baharu dalam genre makhluk raksasa, mendapat pujian daripada peminat.

South China Morning Post menyifatkannya sebagai “menyeronokkan yang mengerikan“, manakala Decider mengajak orang ramai untuk menontonnya kerana “Sweet Home membezakan dirinya dengan tetapannya dan raksasanya.”

Siri ini telah memenangi banyak anugerah antarabansa seperti 2021 Asian Academy Creative Awards (AACA) dan 3rd Asia Contents Awards.


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee