
Filem animasi adiwira Sony Spider-Man: Across the Spider-Verse telah mencapai satu kejayaan apabila berjaya melepas AS$500 juta di box office seluruh dunia.
Ansuran kedua itu telah mengutip AS$290.4 juta di pasaran domestik AS dan AS$215.9 juta di pasaran antarabangsa, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak AS$506.3 juta.
Sewaktu tayangan pembukaan, filem itu telah mencipta kejutan apabila berjaya melepasi jangkaan dengan kutipn sebanyak AS$120 juta, mengatasi rekod filem pertama, iaitu AS$35.4
Miles Morales kembali untuk bab seterusnya dalam saga Spider-Verse yang telah memenangi Oscar®, pengembaraan epik yang akan membawa Spider-Man ke dunia ‘Multiverse’ untuk bergabung tenaga dengan Gwen Stacy dan pasukan baharu ‘Spider-People’ untuk berhadapan dengan penjahat yang lebih berkuasa daripada apa sahaja yang pernah mereka temui.
Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One) diarahkan oleh Joaquim Dos Santos, Kemp Powers dan Justin K. Thompson berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Phil Lord & Christopher Miller dan David Callaham.
Oscar Isaac, Shameik Moore dan Hailee Steinfeld kembali meneruskan peranan masing-masing. Filem ini diterbitkan oleh Avi Arad, Amy Pascal, Phil Lord, Christopher Miller dan Christina Steinberg.
Spider-Man: Across the Spider-Verse kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.