Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan Trailer Terakhir Filem Seram FANTASY ISLAND


Sony Pictures & Blumhouse telah melancarkan trailer terakhir filem seram terbaru Fantasy Island. Anda boleh saksikannya menerusi pemain video dibawah.

Fantasy Island berkisarkan tentang Mr. Roarke yang membuatkan segala impian rahsia pengunjungnya di resort mewah yang terletak di sebuah pulau tropikal terpencil menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, ia tidak seindah yang disangka apabila fantasi berubah menjadi mimpi ngeri. Untuk mencari jalan keluar dan meneruskan hidup, pengunjung-pengunjung tersebut perlu menyelesaikan misteri pulau itu terlebih dahulu.

Filem ini diarahkan oleh Jeff Wadlow berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Chris Roach dan Jillian Jacobs. Jason Blum akan bertindak selaku penerbit menerusi syarikat penerbitannya, Blumhouse Production. Wadlow dan Ryan Turek bertindak selaku penerbit eksekutif dan Matt Milan mewakili Sony Pictures.

Turut menyertai barisan pelakon adalah  Lucy Hale (Truth or Dare), Jimmy O. Yang (Silicon Valley), Charlotte McKinney (Flatliners, Baywatch), Parisa Fitz-Henley (Luke Cage, Jessica Jones), Austin Stowell (Catch 22), Maggie Q (Divergent film franchise), Portia Doubleday (Carrie), dan Ryan Hansen (Friday the 13th).

Fantasy Island akan menemui penonton pada 27 Februari 2020



Related posts

Reboot Spawn Akan Menjadi ‘Filem Superhero Versi Blumhouse’

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee