Berita

FAST 9: Dominic Toretto & Rakan-Rakan Bergaya Dengan Kereta Masing-Masing Dalam Poster Karakter Terbaru

Views

Universal Pictures telah melancarkan poster karakter Fast & Furious 9 atau juga dikenali sebagai F9. Sementara menantikan trailer yang akan dilancarkan tidak lama lagi, mari kita lihat terlebih dahulu poster-poster tersebut dibawah.

Fast & Furious 9 dibintangi Vin Diesel yang akan meneruskan peranan utamanya, bersama-sama pelakon asal, seperti Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, Ludacris.dan Michael Rooker.

Filem ini turut dibintangi Charlize Theron dan Helen Mirren yang akan memainkan peranan mereka dari filem Fate of the Furious, serta John Cena yang menggantikan tempat Dwayne “The Rock” Johnson yang tidak kembali membawa wataknya dalam filem terbaru.

Pengarah Justin Lin akan kembali mengarah francais kali ini selepas menerajui 3 filem awal Fast and Furious iaitu filem ketiga sehingga keenam. Dan Casey bertindak selaku penulis skrip berdasarkan cerita dari Lin.

Fast & Furious 9 akan menemui penonton pada 22 Mei 2020.

Tinggalkan Balasan

shares