Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Netflix Bangunkan ‘Live Action’ Adaptasi Manga ONE PIECE


Netflix nampaknya bukan sahaja sibuk menghasilkan ‘live action’ Cowboy Bebop, mereka juga dilaporkan bersedia untuk menghasilkan satu lagi siri ‘live action’ adaptasi dari salah satu manga One Piece. Menurut laporan Deadline. siri 10 episod itu akan menyaksikan kerjasama diantara Netflix  dan Tomorrow Studios serta syarikat penerbitan dari Jepun, Shueisha.

Manga, yang ditulis dan dilukis oleh Eiichiro Oda, berkisarkan tentang Monkey D. Luffy, ketua lanun yang mempunyai kuasa untuk mengubah tubuhnya menjadi getah setelah makan “Buah Iblis,”. Dia juga gemar meneroka dunia fantastis di pulau-pulau eksotik dan lautan yang luas untuk mencari harta karun legenda yang dikenali sebagai “One Piece” dan menjadi Raja Lanun seterusnya.

Siri adaptasi ini akan ditulis Steven Maeda (The X-Files), dan turut bertindak selaku ‘showrunner’ serta penerbit eksekutif, bersama-sama Matt Owens (Agents of SHIELD), yang turut menyumbang idea sebagai penulis. Mereka akan disertai Marty Adelstein dan Becky Clements untuk syarikat penerbitan Tomorrow Studios (Snowpiercer). Penulis asal, Oda turut menjadi penerbit eksekutif.

Manga One Piece telah mencetuskan francais media termasuklah beberapa filem animasi, siri anime yang telah keudara selama 20 episod serta beberapa permainan video dan restoran serta tama tema disekitar Jepun, Taiwan dan Hong Kong.

Setakat ini, tarikh siaran live action One Piece masih lagi tidak diketahui.



Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

Review Filem: Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Kakimuvee

Netflix Dedah Pandangan Pertama Siri Aksi Langsung Yu Yu Hakusho

Kakimuvee