Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Tempatan

Saka Mencari Tuan Dalam Trailer Busut Bonang


Empire Film Solution membawakan kepada anda sebuah filem komedi berjudul Busut Bonang yang akan ditayangkan pada 19 Disember ini. 

Filem ini berkisarkan tentang Arwah Cikgu Hassan ditemui mati dalam keadaan yang menggerikan di Kampung Bonang. Sejak kejadian itu buah mulut tersebar dalam kalangan orang kampung bahawa arwah berkeliaran menuntut pewaris baru. Sementara itu Julia anak kepada Arwah Cikgu Hassan sering tidak sihat dan mengalami gangguan makhluk halus.

Sementara itu, Joey pemilik rancangan televisyen Merungkai Misteri telah dipanggil untuk mencari kebenaran di sebalik semua kejadian itu dan membersihkan nama keluarga arwah Cikgu Hassan, dan untuk tujuan itu Joey telah menculik Lutfy dibawa ke Kampung Bonang untuk dijadikan krunya.

Lutfy hanyalah seorang penjual jeruk berhajat mahu mencuba pekerjaan baru dan datang ke sesi temuduga, namun diperdaya hingga ke Kampung Bonang. Kejadian menjadi semakin misteri apabila Julia, Lutfy dan Joey dalam perjalanan mereka ke untuk menyiasat ke Busut telah ditutup pandangan oleh Penunggu Busut hingga mereka sesat.

Busut Bonang diarahkan oleh Khalid Nadzri dan dibintangi pelakon seperti Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri



Related posts

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan

“Roh” Disenaraikan Dalam 25 Filem Terbaik Asia 2020!

Is Mohd

Miimaland Kini Boleh Ditonton Di Astro First

Kakimuvee

Terus Dapat Sambutan! Mael Totey Raih Lebih RM 2.5 juta Dalam Tempoh 4 Hari

Kakimuvee

Mael Totey The Movie Kutip Hampir RM700 Ribu Pada Hari Pertama

Kakimuvee