Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Terus Dapat Sambutan! Mael Totey Raih Lebih RM 2.5 juta Dalam Tempoh 4 Hari


Filem pertama Syahmi Sazli, Mael Totey The Movie terus mendapat sambutan penonton!.

Menerusi laman Instagram Astro Shaw, Mael Totey The Movie telah berjaya meraih RM 2.56 juta dalam tempoh empat hari. Kejayaan tersebut boleh dibanggakan kerana ia merupakan filem pertama Syahmi. 

https://www.instagram.com/p/CGzJzv7pqMf/?igshid=63u029zxf9pt

Mael Totey The Movie diarahkan YouTuber terkenal Syahmi Sazli. Filem ini diangkat dari siri YouTube berjudul sama dengan anggaran kos pembikinan sekitar RM300,000 sehingga RM400,000.

Dibintangi Syahmi Sazli sebagai Mael, filem ini berkisar tentang berkisar seorang pemuda lurus bendul bernama Mael yang cuba memikat gadis bernama Yaya. Bagaimanapun, gadis tersebut meletakkan syarat agar dia belajar bahasa Inggeris sebelum dapat berkawan dengannya. Demi memenuhi permintaan Yaya, Mael belajar bahasa Inggeris bersama ‘Teacher’. Namun, Mael tidak tahu bahawa hatinya akan dipikat oleh orang gadis lain.


Turut menyertai barisan pelakon adalah Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin dan Bedul. Pelakon pembantu lain pula terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff.

Mael Totey The Movie boleh ditonton di Astro First, saluran 480


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee