Berita

Star Wars: The Rise of Skywalker Mampu Kutip $200 Juta Dolar Pada Minggu Pembukaan

Views

Kurang sebulan sahaja tayangan filem Star Wars: The Rise of Skywalker, dan dengan banyak peminat teruja menantikan filem penutup Skywalker Saga itu, ramalan kutipan box office filem tersebut mula diperkatakan para penganalisis.

Menurut laporan dari DeadlineThe Rise of Skywalker dijangka meraih sekitar $175 juta hingga $205 juta pada minggu pembukaan dipasaran Amerika Syarikat.

Jangkaan kutipan tersebut jauh lebih rendah berbanding dua filem sebelumnya iaitu The Last Jedi yang meraih $220 juta dolar dan The Force Awakens  dengan kutipan sebanyak $247.9 juta dolar pada minggu pertama. Halangan terbesar The Rise of Skywalker adalah filem sekuel Jumanji: The Next Level yang sebelum ini berjaya membayangi The Last Jedi pada 2017.

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Filem ini diarahkan oleh J.J. Abrams manakala skrip ditulis oleh Abrams sendiri bersama-sama Chris Terrio. Star Wars: The Rise of Skywalker akan menemui penonton pada 20 Disember ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks