Berita

[Video] Tayangan Frozen 2 Terganggu Apabila Lebih 100 Remaja Bergaduh

Views

Dikala ramai yang bimbang bahawa Joker akan menyebabkan keganasan semasa tayangan, ia sebenarnya Frozen 2 yang mencetuskan pergaduhan besar-besaran di sebuah pawagam yang terletak di Birmingham.

Menurut laman Independent, pihak polis telah menerima laporan mengenai pergaduhan sekumpulan remaja yang turut melibatkan senjata seperti parang semasa tayangan Frozen 2 awal minggu ini.

Laporan turut menyebut, beberapa pegawai polis telah diserang semasa mereka cuba meleraikan pergaduhan dari terus merebak.

Menurut saksi ditempat kejadian, pergaduhan bermula di dalam pawagam melibatkan sekumpulan remaja perempuan, namun insiden tersebut merebak menjadi lebih buruk.

“Terdapat pergaduhan didalam pawagam.. melibatkan remaja perempuan terhadap seorang lagi remaja, dan ianya merebak” ujar saksi Choleigh McGuire di laman Twitter miliknya.

“Kumpulan itu berlari ke bilik-bilik pawagam untuk bersembunyi dan banyak polis muncul. Telah menjadi salah satu pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya, sedih sekali semua anak kecil ada di sana! “

Pihak polis mengesahkan bahawa remaja berusia 13 tahun antara lima remaja yang ditahan akibat dari pergaduhan dan dipercayai lebih 100 remaja terlibat dalam insiden tersebut. Dua remaja berusia 14 tahun (lelaki dan perempuan) dan 19 tahun turut ditahan kerana disyaki menyerang anggota polis, manakala seorang lagi remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan kerana menghalang polis.

BACA:  FOX Mungkin Menjual Karakter X-Men dan Fantastic Four Kepada Disney?

Polis juga mengesahkan bahawa terdapat individu bersenjatakan dengan parang.

“Dua parang telah dirampas semasa pergaduhan, dan tujuh pegawai polis mengalami kecederaan ringan ketika meleraikan orang ramai di dalam dan di sekitar pawagam,” – ujar jurucakap Polis West Midlands.

Punca kejadian sedang disiasat dan pihak polis tidak menolak pergaduhan sengaja dicetuskan diantara dua kumpulan bermusuhan.

Tinggalkan Balasan

shares