
Filem komedi Mael Totey The Movie memulakan langkah kanan pada tayangan hari pertamanya apabila berjaya mengutip hampir RM 700 ribu. Pekara tersebut didedahkan Astro Shaw menerusi laman Instagram rasmi mereka.
https://www.instagram.com/p/CGrGTsuDwGI/?igshid=1cb90pxlage27
Mael Totey The Movie merupakan filem pertama YouTuber terkenal Syahmi Sazli. Filem ini diangkat dari siri YouTube berjudul sama dengan anggaran kos pembikinan sekitar RM300,000 sehingga RM400,000.
Dibintangi Syahmi Sazli sebagai Mael, filem ini berkisar tentang berkisar seorang pemuda lurus bendul bernama Mael yang cuba memikat gadis bernama Yaya. Bagaimanapun, gadis tersebut meletakkan syarat agar dia belajar bahasa Inggeris sebelum dapat berkawan dengannya. Demi memenuhi permintaan Yaya, Mael belajar bahasa Inggeris bersama ‘Teacher’. Namun, Mael tidak tahu bahawa hatinya akan dipikat oleh orang gadis lain.
Turut menyertai barisan pelakon adalah Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin dan Bedul. Pelakon pembantu lain pula terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff.
Mael Totey The Movie boleh ditonton di Astro First, saluran 480