Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: The Real Ghosts (Thailand)


Amaran Spoiler!!!

Bulan Januari 2020 ini diteruskan lagi dengan kemeriahan filem filem sama ada dari produksi tempatan dan juga luar negara. Kali ini sebuah produksi dari Thailand telah mempersembahkan sebuah karya mereka iaitu The Real Ghost. Filem ini telah ditayangkan lebih awal di negara asalnya dan dilepaskan untuk tontonan beberapa ketika terkemudian untuk pasaran Malaysia.

Secara jujurnya, bagi penulis sendiri secara peribadi telah mula hilang keyakinan terhadap filem filem seram daripada Thailand sejak 4 tahun kebelakangan, keyakinan ini terubat sedikit setelah menonton sebuah filem seram yang diterapkan dengan unsur romantik pada 2019 iaitu Krasue namun hal ini tidak lama kerana buah tangan terbaru dari Thailand kali ini sangat mengecewakan.

Sebuah filem yang dibuat hanya untuk memenuhi jadual tayangan di pawagam dan sepintas lalu ianya dilihat sebagai satu pembaziran total. Dihiasi dengan muzik jumpscare yang melampau lampau membuatkan filem ini kelihatan bodoh serta ditambah pula dengan jumpscare yang boleh dianggap sebagai murahan mengandakan lagi nilai kebodohan dalam filem ini.

Penonton disuap dengan audio yang bising tanpa arah tuju serta kesan video yang melampau lampau. Kami yakin anda semua pasti pernah menonton video ssdutan filem tamil yang disumbat dengan penuh “transition effect” serta kesan visual yang lain. Sekiranya pernah, maka anda akan temuinya lagi semasa menonton filem ini. Selain itu, “fake shaky camera effect” yang turut disumbat dengan begitu banyak dalam filem ini mampu membuatkan para penonton mual menonton filem ini.


Ia seolah olah anda dipaksa makan satu hidangan yang tidak sedap dan anda telah kekenyangan tapi makanan yang tidak sedap itu terus disumbat kedalam mulut anda tanpa henti.

Intro kepada filem ini juga langsung tidak berkaitan dengan jalan cerita yang disajikan malah ia menyimpang secara total sepanjang filem ini. Ternyata, menampilkan pelakon yang kacak dan cantik sahaja tidak cukup untuk menjadikan sesebuah filem itu enak ditonton.

Thailand yang satu ketika dahulu sangat terkenal dengan hasil filem ‘horror’nya yang bagus kini terus hanyut dibawa arus dan berkemungkinan akan terus hanyut…. Suatu Pembaziran.

**Nota Kaki : filem ini berkemungkinan tidak sesuai bagi mereka yang sensitif dengan flashing light kerana visual effect flashing light digunakan dengan terlalu banyak dalam filem ini.

Rating Kakimuvee : 1/10


Related posts

Filem Blockbuster Thailand ‘Khun Pan 3’ Akan Ditayangkan HBO & HBO GO Pada 4 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Kisah Cinta Terlarang Antara Krasue & Manusia Dalam Trailer Inhumans Kiss 2

Kakimuvee

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

9 Filem Seram Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Kakimuvee

8 Filem Seram Yang Mempunyai Plot Twist Yang Tidak Dijangka

Natasha

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha