Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Legendary Bakal Adapatasi Komik Ex Machina Ke Layar Perak


Legendary Entertainment telah berjaya mendapatkan hak untuk mengadaptasikan komik superhero Ex Machina karya Brian K. Vaughan, ke layar perak. Menurut laporan The Hollywood Reporter, pihak studio bagaimanapun akan mengeluarkan filem yang bertajuk The Great Machine, sempena gelaran yang digunakan karakter utama, Mitchell Hundred.

Tajuk tersebut terpaksa diubah bagi mengelakkan kekeliruan dengan sebuah filem sains fiksyen berjudul Ex-Machina arahan Alex Garland yang diterbitkan pada 2015.

Vaughan dan pelukis Tony Harris telah melancarkan komik Ex Machina pada 2004 menerusi anak syarikat DC, Wildstorm Print. Komik tersebut menyusuri karier politik Hundred, yang menjadi datuk bandar New York City selepas kejadian 9/11. Selain itu juga, siri komik tersebut memaparkan kisah lampau Hundred sebagai The Great Machine, alter-ego Hundred yang berupaya untuk berkomunikasi dengan peranti mekanikal dan memberi arahan. Sebanyak 50 isu telah diterbitkan termasukan dua keluaran istimewa.

Setakat ini barisan kreatif dan pelakon masih belum didedahkan Legendary Entertainment.


Related posts

Sekuel Godzilla vs. Kong Akan Ditayangkan Pada 2024

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Kuasai Box Office Tempatan & Asia

Kakimuvee

Review Filem: Godzilla vs. Kong (2021)

Kakimuvee

‘Team Kong vs Team Godzilla’ Dalam Video Featurette “Godzilla vs. Kong”

Kakimuvee

7 Filem Sains Fiksyen Mengenai Angkasa Yang Harus Anda Tonton!

Kakimuvee