Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

9 Filem Seram Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix


Perkhidmatan streaming Netflix sememangnya memiliki banyak kandungan pelbagai genre yang menarik untuk ditonton. Dan genre yang sering menjadi pilihan penonton adalah seram. Disini kami kongsikan 9 filem seram – dari zombi hinggalah vampire – yang menarik untuk ditonton di Netflix ketika anda keseorangan di rumah, atau pada waktu tengah malam.

Apostle

Mungkin ramai dikalangan pembaca mengenali pengarah Gareth Evans menerusi siri filem aksi The Raid dan Merantau, tetapi tahukan anda pengarah dari Wales itu juga berbakat dalam pembikinan filem seram. Apostle merupakan filem ‘period horror’ yang mengikuti cerita seorang lelaki British ketika dia cuba menyelamatkan adik perempuannya yang diculik kumpulan kultus di sebuah pulau terpencil.

Creep

Filem seram ‘found footage’ tahun 2014 yang juga merupakan debut pengarah Patrick Brice. Creep mengikuti kisah seorang pembikin filem bernama Aaron yang mengambil tugasan yang diiklankan oleh seorang lelaki pelik bernama Josef.

Lelaki itu, yang mendakwa akan mati disebabkan kanser, meminta dia membuat video untuk anaknya yang masih belum dilahirkan. Namun beberapa pekara aneh dan bahaya berlaku kepada Aaron ketika dia melakukan tugasannya itu. Anda juga boleh menonton sekuel filem ini di Netflix. 

The Fear Street Trilogy

Trilogi filem seram Fear Street yang ditayangkan sepanjang tiga minggu berturut-turut di Netflix semasa pelancarannya. Pada tahun 1994, sekumpulan remaja mendapati bahawa peristiwa menakutkan yang telah menghantui bandar mereka selama beberapa generasi mungkin saling berkaitan – dan bahawa mereka mungkin menjadi sasaran seterusnya. Berdasarkan siri seram terlaris R.L. Stine, trilogi ini mengikuti mimpi buruk melalui sejarah jahat Shadyside.


Sebelum Iblis Menjemput

Salah satu filem seram Indonesia paling menakutkan pada era ini, Sebelum Iblis Menjemput atau tajuk bahasa Inggerisnya, May the Devil Take You, diarahkan oleh pembikin filem seram hebat Indonesia, Timo Tjahjanto, yang juga merupakan salah seorang pengarah filem antologi seram V/H/S/94 dan pengarah filem remake Train to Busan yang akan datang, The Last Train to New York. 

Filem ini mengikuti kisah Alfie yang cuba mencari jawapan kepada penyakit misteri ayahnya, dan mengunjungi rumah lamanya hanya untuk mengentahui peristiwa masa lalunya. 

BACA: 13 Filem Seram Thai Yang Pernah Menakutkan Kita Suatu Ketika Dahulu

Munafik

Salah satu filem terbaik Shamsul Yusof, atau mungkin filem terbaik pengarah itu setakat ini. Munafik mengisahkan Adam, seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria, peristiwa pelik mulai menghantui dirinya. Sekuel Munafik 2 turut tersedia di Netflx. 

#ALIVE

Sejak Train to Busan, Korea mula giat menghasilkan filem atau siri televisyen bertemakan zombi, salah satunya adalah #ALIVE. Tanpa disangka-sangka, filem lakonan Park Shin Hye dan Yoo Ah In segera menjadi hit seluruh dunia. Filem ini mengisahkan Yoon Woo dan Yoo Bin yang terperangkap dalam pangsapuri masing-masing ketika wabak misteri mula menjangkiti orang ramai.

BACA: Wajah Kegilaan Kembali Dalam Trailer Berdarah “Texas Chainsaw Massacre”

Tremors

Filem western monster komedi yang pasti diingati pengemar filem Hollywood. Diterbitkan 30 tahun yang lalu, Tremors segera menjadi hit dan dianggap terbaik sepanjang zaman. Ia telah mencetuskan banyak sekuel, prekuel serta siri televisyen, tetapi filem asal masih menjadi pilihan peminat. 

Tremors mengisahkan sekumpulan pemuda-pemudi disebuah penempatan di Nevada yang bergabung tenaga untuk melawan cacing gergasi pemakan manusia yang dipanggil ‘graboids.’

Roh

Filem yang ditayangkan pada penghujung tahun lalu ketika peminat filem sedang menikmati filem hit Spider-Man: No Wah Home. Roh adalah filem seram rakyat yang bergerak perlahan tetapi mempunyai maknanya yang tersendiri. Ia mengikuti kisah sebuah keluarga yang secara tiba-tiba didatangi oleh anak kecil tanpa mengentahui ramalan menakutkan yang dibawa oleh kanak-kanak tersebut.

Vampires Vs. The Bronx

Orang dewasa melawan vampire adalah pekara biasa, bagaimana pula jika sekumpulan remaja melawan makhluk penghisap darah itu? Vampires Vs. The Bronx adalah seram komedi yang mengikuti sekumpulan remaja yang perlu melindungi kawasan kejiranan mereka di Bronx apabila mengentahui komplot jahat puntianak yang mahu menyerang tempat itu.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee