Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

[TRAILER] Kisah Cinta Terlarang Antara Krasue & Manusia Dalam Trailer Inhumans Kiss 2


Masih ingatkan anda dengan filem seram romantik Thailand Inhuman Kiss yang diterbitkan pada 2019? kini filem kedua bakal hadir ke pawagam tempatan pada 11 Mei ini.

Tiga puluh tahun selepas insiden Krasue di kampung Khok E Nuan, kisah cinta baharu antara manusia dan krsue akan bermula semula. Noi (lakonan Noi- Krissada Clapp) dan anak perempuannya, Sao (lakonan Ning- Chanya McClory), telah dijangkiti oleh krasue. Ini menyebabkan Noi bekerja dengan Father Augustine (lakonan Joe Cummings) untuk mencipta penawar yang diekstrak daripada tumbuhan “Waan Krasue.” 

Apabila Sao tidak dapat tidak bertemu dengan Cloud (lakonan JJ- Kritsanapoom Pibulsonggram), anak angkat Father Augustine, cinta mereka yang mekar telah menyebabkan ‘krasue’ dalam badan Sao semakin kuat. Pada suatu hari, seorang pelabur asing mengupah Phan (lakonan Peter-Nopachai Chaiyanam), seorang bekas tentera, untuk menangkap krasue betina.

Adakah Sao dapat melepaskan diri dari cengkaman Phan?

Inhuman Kiss 2 diarahkan oleh Prapangkorn Punjantarak dan dibarisi pelakon seperti Chanya McClory, Kritsanapoom Pibulsonggram, Krissada Clapp, Nopachai Chaiyanam, Bhumibhat Thavornsiri dan Joe Cummings.


Tonton trailer Inhuman Kiss 2 dibawah:


Related posts

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Drama Terbaru SBS “The Escape of the Seven” Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee