Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

8 Filem Seram Yang Mempunyai Plot Twist Yang Tidak Dijangka

Meremang bulu roma bila menonton filem-filem seram secara berseorangan...

House Of Disappeared (2017)

Filem seram masih mendapat sambutan dan sentiasa menjadi tema filem yang popular serta mempunyai daya tarikan yang tersendiri sejak dari dulu dan masih kekal relevan untuk ditonton sehingga ke hari ini.

Anda penggemar filem seram? kami himpunkan filem-filem seram ini untuk tontonan anda.

Misteri Rumah Tua (1987)

Misteri Rumah Tua (1987)

Filen seram ini merupakan usahasama antara Malaysia dan Indonesia, filem arahan Lilik Sudjio ini boleh dikatakan antara filem seram terbaik Asia yang pernah dihasilkan, babak seram lakonan Noorkumalasari dalam filem ini, seperti beranak melalui mulut masih kekal dalam ingatan.

Filem ni mengisahkan sebuah banglo lama yang pernah berlaku satu pembunuhan kejam. Seorang wanita sarat mengandung di rogol kemudian di bunuh. Akibat dari pembunuhan kejam itu wanita itu menjadi roh yang tidak tenteram dan berdendam.

Shutter (2004)

Shutter (2004)

Filem seram Thailand arahan by Banjong Pisanthanakun dan Parkpoom Wongpoom ini juga merupakan antara filem seram terbaik Asia dan menjadi fenomena di Thailand ketika ditayangkan.

Mengisahkan jurugambar, Thun dan teman wanitanya Jane mendapati ada bayang-bayang misteri dalam gambar mereka selepas mereka terlibat satu kemalangan jalanraya. Semasa mereka menyiasat fenomena itu, mereka menemui gambar lain yang mengandungi imej misteri yang serupa

Hereditary (2018)

Hereditary (2018)
Hereditary (2018)

Filem seram Hollywood arahan Ari Aster ini menceritakan tentang kisah sebuah keluarga yang penuh misteri. Ketika Ellen, ibu kepada seorang wanita bernama Annie meninggal dunia, Annie, suaminya, anak lelakinya, dan anak perempuannya berduka atas kehilangan itu. Namun kematian Ellen lebih banyak meninggalkan ketakutan daripada duka yang mendalam.

Sinister (2012)

Filem arahan Scott Derrickson ini mengisahkan penulis jenayah, Ellison Oswalt yang menemui gulungan filem “Super 8” di loteng rumah barunya yang memaparkan rakaman pembunuhan kejam dan perkara ini meletakkan keluarganya dalam bahaya.

The Prodigy (2019)

The Prodigy (2019)

Filem seram arahan Nicholas McCarthy ini mengisahkan Sarah (Taylor Schilling) yang risau dengan tingkah laku anaknya Miles, dia menduga ada unsur jahat yang merasuki anaknya.

House Of Disappeared (2017)

House Of Disappeared (2017)

Filem seram Korea arahan Lim Dae Woong ini merupakan remake dari filem seram Venezuela, The House At The End Of Time.

25 tahun lalu, Mi-Hee yang merupakan surirumah tangga biasa hidup bersama suaminya, Chul-Joong dan anak lelaki mereka. Tiba-tiba, suaminya meninggal dunia dan anak lelakinya hilang. Semua ini berlaku di dalam rumahnya. Mi-Hee dipenjarakan selama 25 tahun kerana tuduhan membunuh suaminya, dia kini dibebaskan dan dia kembali semula ke rumahnya di mana berlakunya kesemua tragedi.

The Thing (1983)

The Thing

Filem sains fiksyen seram arahan John Carpenter, adaptasi dari novel karya John W. Campbell Jr. bertajuk Who Goes There? (1938). 

Filem ini dibintangi Kurt Russell sebagai teraju utama mengisahkan kumpulan saintis Amerika di Antartika yang berhadapan dengan makhluk asing yang dipanggil “Thing”, makhluk asing itu berkeupayaan meniru dan berubah bentuk menjadi organisma lain. Kumpulan saintis itu berperang dengan paranoia dan konflik apabila mereka tidak lagi boleh mempercayai antara satu sama, kerana salah seorang dari mereka kemungkinan boleh menjadi “Thing”.

Filem ini yang tidak dicalonkan untuk kesan khas solekan dan kesan khas visual di Anugerah Akademi 1982 kekal menjadi tragedi yang tidak boleh dilupakan sejarah perfileman.

Walaupun begitu The Thing tercalon dalam 2 kategori di Anugerah Academy of Science Fiction, Fantasy & Horror Films, USA (1983).

Poltergeist (1982)

Poltergeist (1982)

Filem seram klasik ini diarahkan oleh Tobe Hooper dan Steven Spielberg selaku produser dan penulis skrip. Filem ini tersenarai dalam 3 pencalonan di Anugerah Akademi 1983. Chicago Film Critics Association meletakkan filem ini di tangga ke-20 filem seram yang pernah dibuat.

Filem ini mengisahkan anak perempuan bongsu keluarga Freeling, Carol Anne, yang dapat berinteraksi dengan alam ghaib menerusi saluran yang tiada siaran di skrin televisyen.

Terasa ingin menonton filem-filem seram pada hujung minggu ini? strim semua filem-filem hebat antarabangsa, termasuk dari Asia dan tempatan di perkhidmatan streaming Mubi. Nikmati tempoh percubaan selama 30 hari secara percuma dengan klik pautan ini, khusus untuk peminat-peminat filem dan juga pengikut Kakimuvee. 

(Klik pada tajuk untuk terus ke platform streaming filem berkenaan)

Related posts

The Best Action and Trilling Entertainment on HBO GO, HBO and Cartoon Network This December

Is Mohd

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

The Making of a Live-Action Anime: 9 Fun Facts from Behind the Scenes of Cowboy Bebop

Is Mohd

7 Fakta Tentang Mickey Mouse & Minnie Mouse Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Kakimuvee

8 Filem Korea Pelbagai Genre Yang Boleh Tonton Di Mubi

Natasha

8 Shows Where Asian Leads Are In the Spotlight

Zulaikha

Leave a Comment