Review

Review Filem: Suraya (2020)

Suraya, Surashit, Sureshit

Views

‘Amarahh’ Spoiler!!!

Sekiranya pada tahun 2019 kita semua dihidangkan dengan sebuah filem dengan menggunakan nama watak wanita dalam filem tersebut sebagai tajuk iaitu Felina. 2020 kita juga turut disajikan dengan sebuah filem dengan cara yang sama yang mana menggunakan nama watak wanita dalam filem sebagai tajuk iaitu Suraya. Yaaa yaa… Jangan salah faham… Suraya dalam filem ini adalah seorang pemilik homestay dan bukannya seorang guru sepertimana yang bermain dalam fikiran tuan tuan.

Suraya pada kali ini mempertaruhkan konsep seram dengan cara penyampaian yang perlahan. Terlalu perlahan sehingga dilihat seolah olah filem ini juga perlu dipadam secara perlahan lahan dari jadual tayangan filem di pawagam tetapi berjaya ditahan dengan “jampi” wajib tayang yang dikenakan kepada filem filem tempatan.

Tidak cukup dengan cara penyampaian yang perlahan, dialog yang digunakan dalam filem ini juga cukup teruk dan janggal. Seketul-seketul perkataan dituturkan para pelakon, seolah-oleh mereka menghafal skrip, bukannya menghayati skrip dan watak. Senang kata, dialog yang dituturkan dalam filem ini sangat… cringe

BACA:  Review Filem: The Grudge (2020)

Filem ini juga jika dilihat hampir keliru dengan penceritaannya sendiri dimana aspek seram, slasher, thriller, cult digabungkan secara bercampur aduk yang membuatkan para penonton mungkin akan turut terkeliru dalam menangkap mesej atau perkara yang ingin disampaikan.

Walau bagaimanapun, satu pujian harus diberikan kepada unit visual filem ini kerana berjaya menyelamatkan filem ini terjerumus ke lembah hina secara total. Visual yang dilihat mampu mewujudkan suasana seram dan “eerie” itu agak berkesan kepada penonton walaupun suasana itu sendiri dibunuh dengan kejam oleh jalan cerita dan dialog yang ada dalam filem ini.

Sepertimana nama filem ini iaitu Suraya yang ramai mengaitkannya dengan sebuah kisah lagenda zaman 80an dahulu, adegan softporn juga turut diselitkan dalam filem yang dilihat langsung tidak membantu kepada penceritaan filem ini. Adegan softporn yang berlaku lebih kurang 5 minit dan sentiasa ada pengulangan, dilihat tidak begitu penting kepada penceritaan filem ini. Terus-terang saya katakan, terlampau geram dibuatnya sehingga terasa ingin memaki sahaja filem ini dek kerana adegan-adegan yang tidak sepatutnya dan tidak membantu dari segi penceritaan. Mujur disebabkan masih berwuduk, saya kurangkan sikit makian dalam penulisan ulasan ini.

Secara keseluruhannya, filem ini hanyalah sebuah filem yang dibuat untuk memenuhkan slot tayangan di pawagam sahaja dan sekiranya tiada skim wajib tayang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Filem ini mungkin hanya mampu bertahan 3 hari di pawagam atau mungkin lebih singkat.

BACA:  Review Filem: Pattas (2020)

Filem Suraya… Surashit, Sureshit … simple.

RATING KAKIMUVEE: 2/10

Tinggalkan Balasan

shares