Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mark Ruffalo Bintangi Filem “Poor Things” Disamping Emma Stone


Menurut Collider, bintang Marvel Cinematic Universe Mark Ruffalo akan membintangi filem arahan Yorgos Lanthimos, Poor Things disamping pemenang Oscar, Emma Stone. Filem tersebut merupakan adaptasi novel berjudul sama karya Alasdair Gray, yang menggambarkan semula kisah Frankenstein.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Willem Dafoe dan Ramy Youssef sedang dalam rundingan untuk menyertai projek, tetapi tidak dipastikan sama ada mereka yang terlibat ataupun tidak.

Pemilihan Ruffalo hadir setelah dia memenangi anugerah Golden Globe pertamanya pada bulan Februari yang lalu menerusi penampilannya dalam siri terhad HBO, I Know This Much Is True. Dia kini terlibat dalam produksi untuk siri MCU yang akan datang, She-Hulk, di mana dia akan mengulangi peranannya sebagai Bruce Banner / The Hulk.

Pertama kali diterbitkan pada tahun 1992, Poor Things adalah novel yang berlatarbelakangkan Victoria yang akan menampilkan Emma Stone sebagai Bella Baxter – seorang erotomaniac muda yang cantik, yang dihidupkan kembali dengan otak bayi. Novel itu diilhamkan dari novel klasik Gothic Frankenstein karya Mary Shelly.

Projek ini akan menyatukan semula Stone, Lanthimos, dan penulis Tony McNamara, yang mana mereka sebelum ini pernah bekerjasama menerusi filem dramedy The Favorite pada 2018.


Berikut adalah sinopsis filem:

“Ostensibly the memoirs of late-19th-century Glasgow physician Archibald McCandless, the narrative follows the bizarre life of oversexed, volatile Bella Baxter, an emancipated woman, and a female Frankenstein. Bella is not her real name; as Victorian Blessington, she drowned herself to escape her abusive husband, but a surgeon removed the brain from the fetus she was carrying and placed it in her skull, resuscitating her. The revived Bella has the mental age of a child. Engaged to marry McCandless, she chloroforms him and runs off with a shady lawyer who takes her on a whirlwind adventure, hopping from Alexandria to Odessa to a Parisian brothel. As her brain matures, Bella develops a social conscience, but her rescheduled nuptials to Archie are cut short when she is recognized as Victoria by her lawful husband, Gen. Sir Aubrey Blessington.”


Related posts

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Sony Mahu Emma Stone Sebagai Spider-Gwen, Anya Taylor-Joy Dikaitkan Dengan Black Cat

Kakimuvee

“Cruella” Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Malaysia 3 September Ini

Kakimuvee

Emma Stone Meriahkan Pesta Dalam Klip Filem “Cruella”

Kakimuvee

Emma Stone Bawa Masalah Dalam Trailer Terbaru “Cruella”

Kakimuvee