Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”


Dikala ramai watak-watak MCU telah mendapat filem dan siri solo mereka sendiri, Mark Ruffalo masih belum berpeluang untuk membintangi filem solonya sendiri sebagai Hulk, tetapi dia bagaimanapun kelihatan bersedia sekiranya terdapat peluang itu. 

Bercakap kepada Entertainment Tonight semasa tayangan perdana She-Hulk: Attorney at Law — yang menampilkan Ruffalo sebagai watak kameo — Ruffalo ditanya tentang ‘Easter egg’ yang dimasukkan dalam siri ini yang berpotensi membawa kepada filem yang berdasarkan siri buku komik popular, World War Hulk. 

Menurut pelakon itu, “Marvel bila-bila masa bersedia untuk melakukannya, dan dia juga sudah bersedia.” 

“Anytime they want to do it, I’m here,” ujar Ruffalo.

Pelakon itu juga ditanya secara ringkas mengenai salah satu daripada dua filem Avengers yang dirancang, Avengers: Secret Wars, di mana dia ditanya tentang seberapa besar filem itu.


Walaupun Ruffalo menjawab dia tidak mengentahuinya, dia tidak meragui bahawa Kevin Feige dan mereka di Marvel Studios akan bersedia untuk menyampaikan filem secara besar-besaran.

“Mungkin, ia sukar untuk mengungguli Endgame,” kata Rufflao. “Tetapi, saya mengenali Kevin dan saya mengenali Marvel, ia akan menjadi sangat menakjubkan. Ia akan menjadi satu letupan besar, kita akan keluar dengan letupan yang besar.”

Mark Ruffalo akan muncul dalam siri She-Hulk: Attorney at Law disamping bintang utama Tatiana Maslany yang akan memainkan watak utama sebagai Jennifer Walters.


Related posts

Penulis She-Hulk Hanya Menerima Bayaran AS$396 Untuk Menulis Episod Yang Menampilkan Daredevil

Kakimuvee

Seni Konsep “She-Hulk: Attorney At Law” Menawarkan Pandangan Alternatif Anak Hulk, Skaar

Kakimuvee

Review Siri: She-Hulk: Attorney at Law (2022)

Kakimuvee

Bintang “She-Hulk” Tatiana Maslany Berkata, Mereka Turut Merakamkan ‘Penamat Yang Lebih Serius’

Kakimuvee

Trailer Finale “She-Hulk” Goda Pertarungan Semula Antara Hulk vs. Abomination

Kakimuvee

Benedict Wong Suka MCU Fasa 4 Menjadi ‘Wong Cinematic Universe’

Kakimuvee