Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Sebelum Spider-Man: No Way Home ditayangkan kepada umum, Andrew Garfield terpaksa berbohong tentang kepulangannya sebagai Spider-Man dalam beberapa temubual. Dan kini, dengan rahsianya sudah terbongkar, pelakon itu menceritakan pengalamannya yang terpaksa berbohong kepada media dan peminat tentang penglibatannya dalam filem ketiga Spider-Man MCU itu. 

Menurut Garfield, dia sangat “tertekan,” dan dalam masa yang sama “merasa amat seronok” kerana terpaksa berbohong kepada semua pihak. 


“Ia sangat memberi tekanan, saya tidak berbohong,” kata Garfield dalam temu bual dengan The Wrap.

“Ia agak tertekan tetapi juga menyeronokkan. Ia seperti permainan besar ‘Werewolf’ yang saya mainkan, dengan wartawan dan orang ramai perlu meneka dan ia sangat menyeronokkan. Ada saat di mana saya berkata, ‘Tuhan, saya benci berbohong.’ Saya tidak suka berbohong dan saya bukan pembohong yang baik, tetapi saya terus menganggapnya sebagai permainan.”

Mangsa penipuan Garfield bukan sahaja terhad kepada peminat dan media, malah rakan pelakonnya dalam filem The Amazing Spider-Man, Emma Stone, turut tertipu dengan penafian pelakon itu. 

Dalam temubual baru-baru ini dengan Happy Sad Confused Podcast, Garfield mengingat kembali saat Stone menghantar mesej kepadanya tentang khabar angin penglibatannya dalam No Way Home. Walaupun mereka berkawan baik, dia terus tabah dan menafikan kepulangannya sebagai Spider-Man kepada aktres yang memainkan watak Gwen Stacy itu.

“Emma kerap menghantar mesej kepada saya, dia berkata, ‘Adakah kamu berada dalam filem Spider-Man yang baru ini?'” kongsi Garfield.

“Dan saya berkata ‘Saya tidak tahu apa yang awak cakapkan.’ (ketawa). Dia seperti, ‘Diam, beritahu saya,’ dan saya tetap menafikannya walaupun dengan dia… ia sangat lucu.”

Spider-Man: No Way Home buat masa ini memegang kutipan kasar di seluruh dunia lebih AS$1.6 bilion dan menjadi filem Sony dengan kutipan tertinggi sepanjang masa. Menurut presiden Marvel Studios Kevin Feige, Marvel Studios dan Sony Pictures sudah mula aktif membangunkan filem Spider-Man seterusnya bersama-sama.

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment