Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Emma Stone Bawa Masalah Dalam Trailer Terbaru “Cruella”

Menjelang tayangannya pada penghujung Mei ini, Walt Disney Pictures telah melancarkan trailer terbaru Cruella, villain ikonik 101 Dalmatians, yang menjanjikan kejahatan dan melihat motivasi di sebalik pereka fesyen yang hebat itu. Anda boleh tonton trailer yang dikongsikan laman Twitter rasmi Disney dibawah. 

Cruella ditetapkan pada tahun 1970an di Kota London, dimana ia mengisahkan pereka fesyen muda Estella de Vil yang obses dengan kulit anjing, terutamanya baka Dalmatians, sehinggalah dia menjadi legenda yang kejam dan menakutkan yang dikenali sebagai Cruella. 

Filem terbaru ini diarahkan oleh Craig Gillespie (I, Tonya) berdasarkan skrip yang ditulis Dana Fox dan Tony McNamara.Kristin Burr, Andrew Gunn, dan Marc Platt bertindak sebagai penerbit, manakala aktres yang memainkan watak Cruella de Vil dalam filem live-action remake One Hundred and One Dalmatians, Glenn Close menjadi penerbit eksekutif. 

Menyertai Emma Stone adalah Emme Thompson, Joel Fry, Paul Walter Hauser, Emily Beecham dan Mark Strong. Disney Studios Motion Pictures menetapkan tarikh tayangan Cruella pada 28 Mei 2021.

Related posts

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

Trailer Filem Anime “Sing a Bit of Harmony” Goda Tayangan 2022

Kakimuvee

Tonton Trailer Pertama “Hawkeye”, Akan Tayang Di Disney+ Hotstar 24 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment