Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

Emma Stone Meriahkan Pesta Dalam Klip Filem “Cruella”

Hanya tinggal sebulan sebelum debutnya, video klip pertama Cruella telahpun dilancarkan oleh Walt Disney Studios, menampilkan Emma Stone, Emma Thompson dan Mark Strong

Video tersebut memberi gambaran yang lebih mendalam kepada penonton mengenai adegan pesta yang digoda dalam treler sebelumnya. Ia menampilkan Estella Stone ketika dia menjadi perhatian selepas tiba di pesta dengan memakai pakaian yang berapi-api. Filem ini dijadualkan tayangan pada 28 Mei di pawagam dan di Disney + dengan Premier Access.

Cruella ditetapkan pada tahun 1970an di Kota London, dimana ia mengisahkan pereka fesyen muda Estella de Vil yang obses dengan kulit anjing, terutamanya baka Dalmatians, sehinggalah dia menjadi legenda yang kejam dan menakutkan yang dikenali sebagai Cruella. 

Filem terbaru ini diarahkan oleh Craig Gillespie (I, Tonya) berdasarkan skrip yang ditulis Dana Fox dan Tony McNamara.Kristin Burr, Andrew Gunn, dan Marc Platt bertindak sebagai penerbit, manakala aktres yang memainkan watak Cruella de Vil dalam filem live-action remake One Hundred and One Dalmatians, Glenn Close menjadi penerbit eksekutif. 

Menyertai Emma Stone adalah Emme Thompson, Joel Fry, Paul Walter Hauser, Emily Beecham dan Mark Strong.

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee