Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Cruella” Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Malaysia 3 September Ini

Penjahat paling bergaya di sinema kini bersiap-sedia untuk hadir ke rumah kita dalam filem ‘live-action’ terbaru Disney, Cruella, yang dibintangi oleh pemenang Academy Award, Emma Stone dan Emma Thompson. Filem yang diarahkan oleh Craig Gillespie ini akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada hari Jumaat, 3 September.

Filem ‘live-action’ ini mengenai hari-hari awal penjahat sinema paling terkenal – penjahat paling bergaya – legenda Cruella de Vil. Cruella, yang ditetapkan pada era 1970an, di tengah-tengah revolusi punk rock di London, mengikuti kisah pereka fesyen muda bernama Estella, seorang gadis pintar dan kreatif yang bertekad untuk mencipta nama dengan reka bentuknya sendiri. 

Dia bersahabat dengan sepasangan pencuri muda yang menghargai keinginannya untuk melakukan kerosakan, dan mereka bersama-sama membina kehidupan untuk diri mereka sendiri di jalanan kota London. Suatu hari, bakat fesyen Estella telah menarik perhatian Baroness von Hellman, legenda fesyen yang sangat anggun dan hebat, dimainkan oleh pemenang Oscar Emma Thompsn. 

Tetapi, hubungan mereka telah menggerakkan perisitwa dan pendedahan yang akan menyebabkan Estella melepaskan sisi jahatnya dan menjadi Cruella yang kasar, bergaya dan bersifat membalas dendam. 

Cruella dibintangi Emma Stone, Emma Thompson, Joel Fry, Paul Walter Hauser, Emily Beecham, Kirby Howell-Baptiste dan Mark Strong. Filem ini diarahkan oleh Craig Gillespie, dengan lakon layar ditulis oleh Dana Fox dan Tony McNamara, berdasarkan novel The One Hundred and One Dalmatians oleh Dodie Smith. Cruella diterbitkan oleh Andrew Gunn, Marc Platt dan Kristin Burr, dengan Emma Stone, Michelle Wright, Jared LeBoff dan Glenn Close berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. 

Rakyat Malaysia boleh menonton filem ini di Disney+ Hotstar dengan melanggan perkhidmatan tersebut secara langsung di DisneyPlusHotstar.my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS, dengan harga RM54.90 selama tiga bulan.

Akses Disney+ Hotstar di Astro dengan tawaran hebat. Pelanggan Astro Movies Pack (CH411 – CH416) mesti mengaktifkan melalui astro.com.my/Disney untuk segera memulakan streaming Disney+ Hotstar.

Related posts

Poster Karakter “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Watak-Watak Utama

Kakimuvee

HBO AND HBO MAX WIN 19 EMMY AWARDS

Kakimuvee

Fan-Art ‘What If…?’ Dedah Versi Live-Action Marvel Zombie – Captain America, Thanos, & Scarlet Witch

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Three Programs To Get You More Excited For TUDUM

Zulaikha

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Leave a Comment